Gereja dorong kerjasama dalam kesihatan mental

Ketua Komisi Pelayanan Kesihatan Konferensi Para Uskup Katolik Filipina meminta umat beriman untuk secara bersama-sama menangani masalah kesihatan mental.

Jul 24, 2020

MANILA: Ketua Komisi Pelayanan Kesihatan Konferensi Para Uskup  Katolik Filipina meminta umat beriman untuk secara bersama-sama menangani masalah kesihatan mental.

Ajakan tersebut disampaikan Father Rodolfo Vicente Cancino dalam sebuah forum online tentang “sokongan psikososial” bagi masyarakat  di tengah-tengah  pandemik global virus corona yang sedang berlangsung.

“Saya ingin mengajak semua orang secara kolektif [untuk membantu],” katanya pada 14 Julai.

Imam itu mengatakan keluarga, sekolah, organisasi, dan Gereja harus bersama-sama dalam perspektif dan pendekatan menghadapi masalah psikologi. Beliau mengingatkan masyarakat bahawa kesihatan mental adalah ” keperluan” yang harus mendapat keutamaan semasa musim pandemik.  “Sekaranglah masanya kita memberikan banyak hal penting pada masalah kesihatan mental,” kata Fr Cancino, seraya menambah bahawa penyakit itu mempengaruhi lelaki dan wanita dari dari pelbagai usia.

Imam itu mencatat bahawa kes-kes depresi dan bunuh diri meningkat di Filipina. Sebuah laporan yang diterbitkan bulan lalu oleh Oxfam, dan badan bantuan antarabangsa melaporkan bahawa  43 peratus wanita yang dikaji selidik di lima negara, berasa lebih cemas, tertekan, terpiggir, terlalu banyak bekerja, atau sakit kerana krisis virus corona.

Survei itu 43 peratus dari 3,558 wanita yang disurvei melaporkan mengalami banyak kerisauan, depresi, kurang istirahat dan kurang tidur serta penyakit fizikal kerana peningkatan beban pekerjaan perawatan yang tidak dibayar akibat pandemik.

Sebuah laporan Organisasi Kesihatan Dunia mencatat bahawa Filipina memiliki angka bunuh diri 2,4 per 100.000 bagi lelaki dan 1.7 bagi wanita.

Meskipun Filipina memiliki salah satu tingkat bunuh diri terendah di dunia, nilainya meningkat, menurut WHO. –– ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments