Gereja Malaysia, Singapura tidak benarkan Sakramen Perkahwinan secara online

Gereja Katolik Romawi tidak akan menjalankan perkahwinan dalam talian sepanjang Misa ditangguhkan bagi membendung penyebaran covid-19.

May 16, 2020

KUCHING: Gereja Katolik Romawi tidak akan menjalankan perkahwinan dalam talian sepanjang Misa ditangguhkan bagi membendung penyebaran covid-19.

Uskup Agung Poh mengatakan Katolik dilarang untuk melakukan perkahwinan dalam talian kerana lafaz sumpah dan berkat dalam talian adalah tidak sah.

“Bagi Katolik, upacara perkahwinan memerlukan kehadiran fizikal. Pelafazan ikrar dan berkat perkahwinan,  pengantin lelaki dan perkahwinan perlu hadir secara fizikal dan hanya sah diucapkan dengan bertatap muka,” ujar Uskup Agung Poh.

Prelatus itu menekankan adalah penting bagi umat Kristian mengikut proses yang betul agar perkahwinan Gereja itu sah  mengikut undang-undang Gereja Katolik.

Uskup Anglikan Sarawak dan Brunei, Reverend Datuk Danald Jute juga mengatakan bahawa Gereja Anglikan turut tidak membenarkan perkahwinan dalam talian.

Beliau bersetuju bahawa teknologi memudahkan gereja menyiarkan Misa dan ibadat dalam talian tetapi bukan semua upacara dapat dilakukan dalam talian.

Keuskupan Agung Singapura juga mengumumkan pada 6 Mei bahawa mereka tidak akan melakukan pemberkatan perkahwinan secara online atau melalui video, meskipun pemerintah mengizinkannya  melalui undang-undang yang baru.

Keuskupan agung dalam sebuah pernyataan mengatakan bahawa meskipun menyedari adanya ancaman pandemik coronavirus, gereja ingin menegaskan pentingnya interaksi fizikal antara orang-orang yang merayakan sakramen.

“Kerana itu,  Gereja Katolik di Singapura, meskipun menghargai usaha pihak berwenang dalam membuat perkahwinan lebih mudah diakses oleh pasangan pada masa sukar ini, tetap tidak akan merayakan perkahwinan melalui video,” tambahnya. -- Today's Catholic/ucan

Total Comments:0

Name
Email
Comments