Gereja mandiri, misionari dan peduli alam sekitar

Sempena Tahun Misi 2019, Majlis Pastoral Keuskupan Agung Kuching telah menganjurkan seminar tentang misi dan menjemput seorang penceramah terkenal, Fr Jerrry Rosario.

Aug 16, 2019

KUCHING: Sempena Tahun Misi 2019, Majlis Pastoral Keuskupan Agung Kuching telah menganjurkan seminar tentang misi dan menjemput seorang penceramah terkenal, Fr Jerrry Rosario.

Ceramah itu berlangsung di auditorium Mater Domini ACCPC. Ceramah tentang Misi itu bermula pada 30 Julai- 1 Ogos di mana ia dibahagikan kepada beberapa kategori peserta. Fr Jerry, seorang paderi Yesuit tidak bersepatu dari India, peguam, profesor dan berpergian ke negara-negara yang kebanyakannya miskin. Beliau juga merupakan pengarang kepada 58 buah buku dan menjadi pensyarah di 30 buah negara. Fr Jerry juga merupakan pemegang Ph D dalam falsafah politik dan teologi.

Pada pembukaan sesi, 30 Julai, Fr Jerry menerangkan mengenai “Misi dalam Konteks Sosio-Politik” di mana beliau memberikan dasar-dasar ajaran sosial gereja.

Beliau juga menekankan nilai-nilai Injil di mana umat Kristian harus berjuang menentang ketidak adilan dengan keadilan dan mempromosi kesaksamaan atau kesamarataan antara sesama.

Paderi yang juga aktivis sosial yang aktif menjelaskan mengapa penting melahirkan misionari-misionari tempatan. Beliau menerangkan bagaimana Gereja Inkulturasi berkembang di mana para peserta dapat melihat integrasi itu dari sudut sosial, ekonomi, politik, budaya, agama dan ideologi.

“Ramai orang Kristian yang tidak suka akan politik tetapi sebenarnya adalah satu kesilapan sosial jika seorang Kristian acuh tak acuh terhadap politik.

“Setiap umat Gereja adalah dipanggil untuk memperjuangkan kebaikan umum, keamanan, kestabilan politik, keluarga, masyarakat dan banyak lagil.”

Fr Jerry juga menegaskan bahawa sebagai Kristian, kita harus meneliti aspek transformasi rohani bagi memerangi dan mengakhiri isu-isu getir hari ini misalnya penyelewengan dan sifat-sifat birokrasi dalam sesebuah organisasi.

Pendiri beberapa yayasan amal kasih turut menyentuh sesi tentang Christus Vivit (ekshortasi terbaharu Sri Paus Fransiskus untuk kaum muda), kualitikualiti Klerus masa kini khususnya seminarian, misi ke arah Injil Alam Ciptaan (Evangelii Gaudium dan Laudato Si).

Total Comments:0

Name
Email
Comments