Gereja St John Vianney, paroki pertama mulakan Misa Kudus umum

Selepas 13 minggu di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, akhirnya beberapa umat Katolik berkesempatan untuk menyertai perayaan Ekaristi pada Hari Raya Tubuh dan Darah Yesus di Gereja St John Vianney (SJV).

Jun 26, 2020

TAMPIN: Selepas 13 minggu di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, akhirnya beberapa umat Katolik berkesempatan untuk menyertai perayaan Ekaristi pada Hari Raya Tubuh dan Darah Yesus di Gereja St John Vianney (SJV).

Selepas Kementerian Perpaduan Nasional (MNU) Kementerian Perpaduan Nasional (MNU) dan Majlis Keselamatan Nasional (NSC) mengumumkan bahawa rumah-rumah ibadat bukan Islam dapat dibuka secara beransur-ansur, pihak berkuasa telah meluluskan tiga buah Gereja Katolik/pusat Misa di Keuskupan Agung Kuala Lumpur untuk memulakan Misa dengan mematuhi SOP.

Tiga buah gereja itu ialah SJV, Gereja Our Lady Gunung Carmel di Cameron Highland dan Pusat Mision Katolik di Kuala Terengganu. Namun, SJV merupakan paroki terawal di negara ini yang diluluskan oleh MNU untuk dibuka seawal 14 Jun.

“Saya sangat gembira namun pada masa yang sama, berdebar, kerana paroki kami merupakan paroki pertama untuk dibuka semula. Kami telah bersiap sedia dengan teliti, memastikan keselamatan dan mengenakan SOP yang dianjurkan oleh kerajaan dan Keuskupan Agung KL,” kata Fr Peter Anthoney.

Komiti Projek Gereja yang diketuai oleh Sdra Jesu Dass Muthu mengongsikan tentang persiapan sebelum membuka pintu Gereja untuk Misa umum yang mengambil masa seminggu. “Pelbagai usaha telah kami lakukan demi memastikan keselamatan umat, ini termasuklah membuat penandaan, membasmi kuman, menyerahkan prosedur kepada Majlis Keselamatan Negara untuk diluluskan oleh MNU.”

Hanya 30 orang umat dibenarkan mengambil bahagian dalam Misa pada 14 Jun lalu, termasuk Fr Peter, dua orang seminarian, seorang pemuzik dan 28 umat paroki.

Dalam memilih 26 orang umat beriman untuk menghadiri Misa publik pertama itu, Sdra Jesu mengatakan Komiti Projek telah membuat cabutan rawak untuk memilih dua dari enam KED. Penyelaras KED kemudiannya menyerahkan senarai umat di kalangan mereka yang kurang berisiko iaitu sihat tubuh badan, berusia 13 hingga 60 tahun.

Beberapa keluarga masih belum bersedia untuk kembali merayakan Misa Kudus terbuka. Namun, ada juga umat yang mahu datang bersama keluarga namun saya me nerangkan serta memohon kepada mereka agar memberi kesempatan kepada umat lain yang mahu menghadiri Misa. Syukur, mereka memahami dan bekerjasama dalam hal ini,” jelas Fr Peter.

Pada 12 Jun, Fr Peter telah bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan YB Tuan Veerapan A/L Supermaniam, Ketua kes Covid-19 Jabatan Kesihatan Daerah Tampin dan Dr Megat Jelai untuk memberikan penerangan singkat akan proses pembukaan gereja serta menyerahkan SOP yang diluluskan oleh MNU.

Misa dalam pelbagai bahasa pada 14 Jun dijadualkan pada jam 9.00 pagi namun umat mula datang seawal jam 7.30 pagi kerana  mereka perlu mengikuti pelbagai langkah keselamatan terlebih dahulu.

Setiap umat yang datang, terlebih dahulu menandai buku kehadiran, memakai topeng muka sejurus keluar dari kenderaan, suhu badan direkodkan dan diberikan nombor untuk duduk di tempat yang disediakan.

Sebelum pandemik, umat biasanya berjabat tangan atau berpelukan dan berpegangan tangan semasa berdoa. Namun pada masa krisis kesihatan ini, kongregasi kelihatan seperti robot dan kaku tetapi mereka mengikut Misa dengan khusyuk serta patuh pada SOP.

Turut  hadir ialah empat orang wakil dari MNU, Kementerian Kesihatan dan seorang CID dari Polis Di Raja Malaysia. Mereka berada di perkarangan Gereja sehingga Misa tamat. Syukur, mereka sangat berpuas hati dan menghargai semua umat dan paderi mematuhi SOP, kata Fr Peter.

Fr Peter memimpin Misa dalam pelbagai bahasa, pembacaan dalam bahasa Mandarin dan Tamil, Injil di dalam bahasa Inggeris manakala homili disampaikan dalam bahasa Malaysia.

“Tuhan itu sangat berbelas kasihan. Dia memainkan peranan dalam membantu dan memimpin kita untuk menjaga umat. Dan perayaan Tubuh dan Darah Kristus adalah hari yang sangat baik untuk memulakan kembali Misa,” kata Fr Peter.

Bergantung kepada SOP, Fr Peter menyatakan kemungkinan untuk meningkatkan jumlah hadirin dari 30 kepada satu pertiga iaitu lebih kurang 220 umat dan 100 pelawat. Sejajar dengan SOP terkini, kami dapat menerima 80 orang umat namun ini akan dilakukan secara berperingkat,” kata Fr Peter.

Total Comments:0

Name
Email
Comments