Harapan dan penyembuhan dari pandemik Covid-19

Situasi pandemik Covid-19 yang dihadapi terutama sekali di Malaysia yang kini berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), telah membuat ramai orang melakukan perkara- perkara lebih jauh ke hadapan dan kreatif. Ini termasuk menggunakan segala sumber serta kemudahan yang sedia ada dengan bijaksana dan sepenuhnya serta bertindak mengikut keadaan semasa.

Jul 17, 2020

SANDAKAN: Situasi pandemik Covid-19 yang dihadapi terutama sekali di Malaysia yang kini berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), telah membuat ramai orang melakukan perkara- perkara lebih jauh ke hadapan dan kreatif. Ini termasuk menggunakan segala sumber serta kemudahan yang sedia ada dengan bijaksana dan sepenuhnya serta bertindak mengikut keadaan semasa.

Begitu juga halnya dengan Kerasulan Belia Keuskupan (Diocesan Youth Apostolate) Sandakan, yang terus mengorak langkah pelayanannya dengan program alam maya yang diadakan buat kali kedua iaitu Adorasi dan “Benediction” yang diiringi dengan lagu-lagu Taize pada 1 Julai 2020  dengan intensi khas iaitu “Penyembuhan dan Harapan bagi Covid-19”. 

Meskipun terdapat masalah teknikal yang berlaku pada awal siaran, namun ia tidak menghalang umat yang  mengikutinya untuk terus menyertai doa ini sehingga ke penghujungnya. .

Semoga, program seumpama ini, melalui inisiatif DYA dapat membawa semua sahabat seiman bersama ahli keluarga masing -masing, di mana sahaja mereka berada untuk bersama–sama dalam kesempatan ini, meluangkan masa bersama Yesus selama satu jam. Semoga kesatuan umat dalam doa dapat membawa kemenangan dalam mengakhiri pandemik Covid-19 ini. --dospo Sandakan

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Kusyma Nur Irwafa binti K[email protected]
Why does it said in Indonesia language??!!!