Hargai amalan yang menjadikan kita bangsa berbudaya

Rektor Gereja St Peter Claver Ranau (SPCR), Father Nicholas Stephen memberitahu bahawa dalam budaya juga seorang umat Katolik boleh menjadi garam dan

Jul 13, 2018

RANAU: Rektor Gereja St Peter Claver Ranau (SPCR), Father Nicholas Stephen memberitahu bahawa dalam budaya juga seorang umat Katolik boleh menjadi garam dan terang dunia.

“Kita bersyukur kepada Tuhan sebab apabila Ia turun ke dunia, Ia lahir dalam sebuah keluarga yang berbudaya.

“Justeru kita juga perlu menghargai amalan yang kita warisi ang menjadikan kita bangsa yang berbudaya. Di sinilah kita dapat menjadi garam dan terang dunia.

“Amalan murni seperti bergotong royong, sopan santun dan hormat-menghormati, seperti kebiasaan jenerasi terdahulu harus di teruskan," jelas beliau.”

Fr Nick berkata demikian di dalam homilinya semasa Misa Kudus Kesyukuran Kaamatan peringkat Chapel St Francis Of Asissi Kg Kinorotuan pada 12 Jun 2018.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya beliau mengucapkan tahniah AJK pelaksana program kerana berjaya di dalam penganjuran majlis itu.

Beliau berharap semoga majlis itu menjadi titik penyatuan semula umat di kawasan ini selepas pilihan raya yang baru lepas.

"Jadikanlah sambutaan Kaamatan suatu kesempatan bagi kita bersyukur ke atas segala yang telah kita terima selama ini, khususnya keharmonian dan keselamatan dalam hidup," katanya.

Terdahulu, sehari sebelum majlis diadakan, beberapa acara sukan rakyat di anjurkan dan yang menarik tumpuan ialah acara bolah sepak lelaki yang mengenakan pakaian wanita. -- Benjamin Justin

Total Comments:0

Name
Email
Comments