Hari berdoa dan puasa pada 23 Feb

Sri Paus Fransiskus menyeru umat Kristian di seluruh dunia untuk menganjurkan Hari Berdoa dan Berpuasa untuk Perdamaian pada 23 Februari, iaitu hari Jumaat pertama Pra-Paskah.

Feb 09, 2018

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus menyeru umat Kristian di seluruh dunia untuk menganjurkan Hari Berdoa dan Berpuasa untuk Perdamaian pada 23 Februari, iaitu hari Jumaat pertama Pra-Paskah.

Sri Paus mengumumkan perkara ini kepada para penziarah yang berhimpun di Dataran Sto Petrus, selepas doa Angelus. Prelatus itu menjelaskan mengapa beliau terdorong untuk menganjurkan hari tersebut adalah kerana pelbagai tragedi yang terjadi di beberapa tempat dunia ini, yang amat memilukan serta memedihkan hatinya. Fransiskus juga mahu hari 23 Feb untuk dipersembahkan bagi keamanan di negara-negara seperti Republik Demokratik Congo dan Sudan Selatan.

Di Congo, keengganan Presiden Joseph Kabina untuk meletakkan jawatannya setelah penggal beliau telah tamat pada bulan Disember tahun lalu telah mencetuskan demonstrasi, pertempuran, peperangan dan ramai yang ditangkap.

Pertempuran antara tentera dan rakyat telah “melahirkan” empat juta pelarian mencari perlindungan. Di Sudan Selatan pula, perang sivil berlaku di mana negaranegara tetangga, Uganda dan Kenya sudah tidak asing lagi. Di tempat ini juga telah menyebabkan dua juta rakyatnya menjadi pelarian.

Bapa Suci Fransiskus turut mengajak penganut bukan Katolik dan bukan Kristian untuk menyertai doa damai ini dengan cara mereka sendiri. Pada Sept 2013, Sri Paus Fransiskus telah mengundang umat Kristian dan bukan Kristian dari seluruh dunia untuk berdoa vigil bagi keamanan di Syria.

“Semoga Bapa Syurgawi kita,” ujar Fransiskus, “Sentiasa mendengar anakanak- Nya yang dalam penderitaan dan kesengsaraan, memohon pertolongan-Nya, semoga Tuhan menyembuhkan orangorang yang patah hati dan membalut lukaluka mereka” (147:3).

“Saya merayu dengan sungguh-sungguh supaya kita juga mendengar tangisan dan keluhan orang-orang yang malang ini, dan mendoakan untuk mereka di hadapan Tuhan.

Di hadapan Tuhan, tanyalah kepada diri sendiri: “Apa yang boleh saya lakukan untuk keamanan?”. Kita pasti boleh berdoa; tetapi bukan semua orang boleh secara konkrit mengatakan ‘tidak’ kepada keganasan.

“Kerana kemenangan yang diperoleh melalui keganasan adalah kemenangan palsu; manakala upaya untuk perdamaian adalah baik untuk semua orang!”--berdasarkan AsiaNews

Total Comments:0

Name
Email
Comments