Holy Rosary Limbahau martabatkan bahasa Kadazan Papar

“Bertuturlah bahasa Kadazan Dusun dengan anak-anak agar bahasa ini tetap terpelihara. Bahasa adalah anugerah Tuhan.

May 31, 2019

HOLY ROSARY LIMBAHAU: “Bertuturlah bahasa Kadazan Dusun dengan anak-anak agar bahasa ini tetap terpelihara. Bahasa adalah anugerah Tuhan. Sayang jika anugerah ini tidak dijaga dan diteruskan,” demikian penekanan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki (MPP) Sdra Slyvester OKK Joseph Gunsoi semasa memberikan ucapan sempena Pesta Kaamatan peringkat Paroki Limbahau pada 20 Mei lalu.

Dengan tema, “Kaubasanan Tovud do Kouhagangan Om Pibabasan Kohominan om KKD” (Tradisi Sumber Kegembiraan dan Perdamaian Keluarga dan KKD), pesta Kaamatan HRL dimulakan dengan Seminar Kesedaran Menggunakan Bahasa Kadazan Dusun pada 11 Mei, Sukan Tradisi pada 18 Mei dan acara kemuncak Perayaan Ekaristi sempena Pesta Kaamatan pada 20 Mei.

Perayaan Ekaristi dipimpin oleh Father Rayner Bisius di mana buat pertama kalinya, Misa diadakan dalam bahasa Kadazan  Papar

Dihadiri lebih 600 umat dari pelbagai stasi luar yang lengkap berpakaian tradisi, teks Misa dalam bahasa Kadazan Papar itu terlebih dahulu telah diperiksa dan diteliti oleh sepasukan tim dari Gereja St Patrick, Kinuta, iaitu mision pertama di Papar.Tim itu diketuai oleh Pn Flory Victorinus.

Fr Rayner dalam homilinya mengatakan elemen bersyukur dan bersatu keluarga serta a komuniti dalam Pesta Kaamatan harus diperteguh dan diteruskan dalam masyarakat Kristian tempatan.

Paderi itu juga mengingatkan umat mengenai perintah Yesus dalam Injil Yohanes 13:34-35 bahawa kita harus mengasihi sama seperti Bapa yang mengasihi kita.

Selepas Misa, Fr Rayner, diiringi Pengerusi MPP dan Pengerusi Penganjur, menuai tujuh batang padi dan memukul gong sebanyak tujuh kali menandakan perasmian Pesta Kaamatan peringkat HRL

Total Comments:0

Name
Email
Comments