Hujan dan badai, pelarian Rohingya ‘makan’ airmata

Angin kencang dan hujan lebat telah menambah kesengsaraan lagi pelarian Rohingya yang tinggal di kem-kem darurat di Bangladesh.

Oct 13, 2017

Angin kencang dan hujan lebat telah menambah kesengsaraan lagi pelarian Rohingya yang tinggal di kem-kem darurat di Bangladesh.

Air hujan membanjiri tempat perkhemahan dan menyebabkan banyak takungan air, serta mengotorkan limbah manusia, menambah penderitaan pelarian yang tinggal dengan hanya sedikit bekalan makanan atau tanpa tempat berlindung, makanan, mahupun bekalan ubat-ubatan, demikian laporan yang disampaikan Organisasi Migrasi Antarabangsa (IOM), pada 30 September.

Lebih 500,000 orang Rohingya telah melintasi sempadan untuk ke Bangladesh setelah militan Myanmar melancarkan ‘operasi pembersihan’ di Negara Rakhine, selepas serangan militan pada 25 Ogos lalu di 30 titik pemeriksaan keamanan. Ratusan warga sivil terkorban semasa cuba melarikan diri.

Niranjan Rudra, 50, seorang Hindu Rohingya yang tinggal di sebuah ladang penternakan ayam yang ditinggalkan dekat kem pelarian Kutupalong bersama tujuh anggota keluarganya. Sekitar 500 orang Hindu dari sekitar 165 keluarga juga telah melarikan diri dari keganasan Rakhine.

“Kami tidak mengalami krisis makanan tetapi kami menderita kerana hujan. Setiap hari air hujan masuk ke tempat tinggal dan merosakkan barang-barang kami. Orang Hindu lainnya juga menghadapi situasi malang yang sama,” kata Rudra.

Rudra mengatakan bahawa enam anaknya menderita demam dan kelaparan kerana basah kuyup akibat hujan dan mereka tidak dapat memasak makanan dengan secukupnya.

Dia mengatakan bahawa ratusan ribu Rohingya telah melarikan diri ke Cox’s Bazar, tetapi mendapatkan bantuan sangat sulit.

“Kami perlu menjaga anakanak dan dalam masa yang sama, perlu mendapat bantuan, terutama makanan,” katanya. “Selalu ada kerumunan orang banyak setiap kali bantuan diagih-agihkan dan sangat sukar untuk mendapatkannya.”

Syad Alam, 27, memasuki Bangladesh pada 9 September dari kota Maungdaw dan sekarang tinggal di kem Kutupalong dengan sepuluh saudara perempuannya.

Alam mengatakan bahawa dia membeli lembaran polietilena (plastik) berharga 200 Taka (RM10) dari pasar terdekat dan mendirikan khemah darurat untuk keluarganya, namun ternyata tidak berguna ketika angin kuat dan cuaca buruk.

“Khemah dari plastik itu terbang meskipun badai kecil, memaksa kami untuk hidup di bawah langit terbuka. Kami memiliki payung yang digunakan anak-anak kami untuk perlindungan dari hujan, tapi itu tidak cukup,” katanya.

Mazharul Islam, petugas manajemen bencana Caritas

Total Comments:0

Name
Email
Comments