Ibu bapa jadi guru agama anak-anak sempena PKP/PKPB

Sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dimulakan pada 18 Mac 2020 di negara kita untuk mengelakkan dari jangkitan pandemik coronavirus (Covid-19) dari berleluasa, maka seluruh gereja juga telah terkesan dari mengadakan perhimpunan seperti mengadakan Misa Mingguan dan pembelajaran Pertemuan Mingguan bagi pelajarpelajar Minggu Gembira dan Inisiasi Kristian Kanak-kanak dan Dewasa.

May 30, 2020

KOTA KINABALU: Sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dimulakan pada 18 Mac 2020 di negara kita untuk mengelakkan dari jangkitan pandemik coronavirus (Covid-19) dari  berleluasa, maka seluruh gereja juga telah terkesan dari mengadakan perhimpunan seperti mengadakan Misa Mingguan dan pembelajaran Pertemuan Mingguan bagi pelajarpelajar Minggu Gembira dan Inisiasi Kristian Kanak-kanak dan Dewasa.

Walaubagaimana pun, Komisi dan Komiti Kateketikal berusaha untuk menjangkau para pelajar Pertemuan Minggu Gembira (PMG) dan para Katekumen (IKD) dan pelajar lain yang duduk di rumah agar pembelajaram mereka  dapat diteruskan melalui ibubapa mereka.

Syukur kerana ramai ibubapa sendiri mengambil peranan sebagai pembimbing di rumah semasa PKP ini.  Para pembimbing/ibubapa  memantau dan memberi bimbingan apa yang perlu mereka lakukan seperti di bawah ini: lMeneruskan  pembelajaran yang disediakan dalam buku pembelajaran/teks Siri Kateketik Malaysia (SKM) dan pertemuan IKD,

--Mengongsikan dan mengerjakan  bahan katekesis  atau kerja rumah yang disediakan  setiap minggu oleh Komisi Kateketik Malaysia/APCKL (melalui aktiviti dan  video clip).  Sebahagian pelajar melakukan aktiviti ini terus dari screen dan sebahagian pembimbing mengambil inisiatif untuk membuat salinan aktivitiaktiviti ini dan mengedarkannya kepada setiap pelajar/ibubapa di kampung.

-- Mengadakan sesi katekesis, kuiz, soal jawab, melukis, mewarna dan sebagainya  melalui aplikasi Whatsapp group,  google meeting dan pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan para pelajar mereka,

-- Menonton movie rohani di Youtube seperti superbook, alkitabku, katekesis dalam video clip, mengikuti Misa secara siaran langsung bersama keluarga mereka.  Dengan pengalaman  ini, mereka lebih dapat menghargai Misa Kudus dan ada kerinduan untuk menerima Tubuh dan Darah Kristus yang nyata.

-- Ruangan katekesis bersama Father Nicholas  Stephen yang disiarkan secara langsung melalui media sosial Facebook Cahaya Kinabalu yang diadakan tiga kali seminggu bermula jam 7.00 malam pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. 

Katekesis bersama Fr Nicholas ini mempunyai tiga segmen iaitu:

i. Ruangan Hati ke Hati Seorang  Gembala – Fr Nick menjawab pelbagai isu dan persoalan tentang menghidupi iman Katolik

ii. Ruangan Keluarga – dalam sesi ini, kumpulan sasaran adalah  keluarga, sebab isu-isu yang dibincangkan adalah isu keluarga, tentang pesanan Sri Paus tentang keluarga, diselitkan juga slide yang memberi inspirasi kepada keluarga, tips untuk bertani sendiri (DIY) dan juga soal jawab hal-hal keluarga. 

iii. Ruangan Kanak-kanak – ini adalah untuk kanak-kanak, dan Fr.Nick akan memberi katekesis tentang Yesus, tentang mukjizat-Nya, tentang panggilan Matius, sesi belajar melukis, mewarna dan diselitkan juga sesi soal jawab. ianya memakan lebih satu jam untuk setiap slot ini.

Komisi dan Komiti Kateketikal menyedari bahawa bukan semua pelajar dapat  dijangkau terutama yang berada di luar stasi. Tidak semua juga  ibubapa mendapat akses Internet yang baik kerana masalah liputan kurang baik serta sebahagian ibubapa kurang berkemampuan.

Namun begitu, ibu bapa diseru agar memantapkan Katekesis Keluarga.  Apakah katekesis Keluarga ini.  Katekesis Keluarga adalah program Pendidikan Agama di mana ibu bapa mengambil bahagian sepenuhnya dalam  pembentukan iman anak-anak mereka. Beberapa petikan dalam Direktori Umum Catechesis (GDC) dan Direktori Nasional Catechesis NDC)menegaskan peranan ibu bapa sebagai guru utama iman kepada anak-anak mereka. Antaranya: 

-- Ketika anak-anak dibaptiskan, orang tua menerima tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak mereka dalam menghidupi iman dan memastikan bahawa kehidupan ilahi yang Tuhan berikan kepada mereka… Pada masa yang sama, Gereja berjanji akan membantu ibu bapa memupuk iman anak-anak mereka dan membantu mereka secara khusus dalam peranan mereka sebagai katekis  kepada anak-anak mereka. (NDC 235)

-- Ibu bapa adalah pendidik utama dalam iman. Keluarga didefinisikan sebagai "Gereja domestik", iaitu, dalam setiap Keluarga Kristian, aspek dan fungsi kehidupan keseluruhan Gereja dapat dilihat: misi, katekese, saksi, doa, dll. (GDC 255).

--Atas sebab inilah masyarakat Kristian mesti memberikan perhatian yang sangat khusus kepada ibu bapa ...mereka mesti menolong mereka memikul tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak mereka dalam iman (GDC 226).

Total Comments:0

Name
Email
Comments