Imam besar Al-Azhar kunjungi Katedral Koptik sempena Krismas

Imam besar Al- Azhar, Ahmed El-Tayeb men- gunjungi Katedral Koptik di Kaherah untuk memberikan ucapan kepada Paus Tawadros II sempena perayaan Krismas Ortodoks Koptik pada 7 Januari.

Jan 12, 2019

KAHERAH: Imam besar Al- Azhar, Ahmed El-Tayeb men- gunjungi Katedral Koptik di Kaherah untuk memberikan ucapan kepada Paus Tawadros II sempena perayaan Krismas Ortodoks Koptik pada 7 Januari.

El Tayeb diiringi oleh ulama-ulama besar dan belia dari institusi Al-Azhar, yang merupakan pihak berkuasa tertinggi Islam Sunni negara. El-Tayeb mengucapkan tah- niah kepada Tawadros II di atas pembukaan katedral baru dan menekankan semangat hormat-menghormati dan tol- eransi serta saling mengunjun- gi di kalangan Islam dan Kristian adalah sejajar dengan ajaran Islam, yang menyeru para penganutnya untuk berkomunikasi dengan sesama manusia.

Tawadros II mengungkap- kan rasa syukurnya di atas lawatan itu dan mengatakan bahawa semangat saling men- gasihi dan menghormati di kalangan Muslim dan Kristian adalah berkat Tuhan kepada rakyat Mesir.

Prelatus itu mengatakan bahawa ajaran Yesus Kristus untuk menyebarkan kasih, sukacita dan damai seperti matlamat kunjungan Imam besar Al-Azhar ke Katedral itu demi kesejahteraan seluruh rakyat Mesir. -- sumber Ahram Online

Total Comments:0

Name
Email
Comments