Iman belia St Peter Bundu tidak dibatasi virus

Komisi Belia Keuskupan Keningau pada 30 Ogos, kembali dengan program mingguan mereka dalam talian.

Sep 12, 2020

KUALA PENYU: Komisi Belia Keuskupan Keningau pada 30 Ogos, kembali dengan program mingguan mereka dalam talian. Kali ini, para belia St Peter Bundu, Kuala Penyu, menyampaikan bakat mereka melalui Sketsa PKP, "Hadapi PKP Secara Positif, Luangkan Masa Berkualiti bersama Keluarga."

Sketsa dimulakan dengan ucapan alualuan Hemeliza Lasayung, disusuli lagu pembukaan "Ku Mau Cinta Yesus" dan doa pembukaan oleh Father Claudius Andrew.

Sketsa ini menyerlahkan empat situasi belia.

Belia pertama Elvoy dari Kg. Menunggang seorang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang kembali ke kampung dan harus menjalani kuarantin. Dalam tempoh kuarantin, Elvoy amat risau jika dia membawa virus yang berbahaya itu kepada kaum keluarganya. Namun, tidak mahu bersikap pesimis, Elvoy bangkit, berdoa dan percaya akan kuasa Tuhan yang mampu menyembuhkan semua penyakit.

Belia kedua, Jessica dari Kg Bundu, Batu Empat meluahkan perasaan kagum dan kasihnya kepada ibunya,  seorang kakitangan hospital, yang berjuang dan berkhidmat ketika virus corona sedang ganas merebak.  Dengan berkat doa, Jessica menyingkirkan rasa risau dan negatifnya. Jessica dan adikadiknya berusaha menyenangkan hati ibunya, membuat kerja-kerja rumah dan memasak.

Lahir dalam lapan orang beradik, Feionah dari Kg Menunggang amat rapat dengan adik beradiknya. Semasa PKP, Feionah sangat bimbang dengan keselamatan dua orang beradik di Perak dan tiga orang lagi keluarganya yang bertugas sebagai barisan hadapan. Melalui platform digital, mereka sering berhubung dalam talian, saling meneguhkan serta mendoakan antara sesama.

Virus corona memang melumpuhkan ramai orang namun Feionah tabahkan hati untuk berdoa agar semua orang dilindungi dari wabak ini.

Seorang belia yang sudah berumah tangga, Bartolomew  Cornelius mengakui PKP adalah masa yang sangat mencabar, tanggungjawabnya menjaga keselamatan keluarga, memastikan keperluan mencukupi, menjadi guru akademik dan menjadi katekis terhadap  anak-anak. Menggunakan masa terluang untuk berdoa bersama, menjadikan anak-anaknya menguasai doa-doa asas.

Pada akhir sketsa, para belia men yanyikan lagu Pelita Imanku, ciptaan sepenuhnya oleh KBK St Peter, Bundu diikuti doa penutup oleh Paderi Paroki St Peter, Father Clement Abel.

Total Comments:0

Name
Email
Comments