Iman, jantung misi Gereja, bukan wang atau kecekapan

Pesan Sri Paus Fransiskus baru-baru ini kepada para anggota misi kepausan mengingatkan mereka bahawa misi utama gereja adalah untuk memberitakan Injil, bukan dana, wang atau kecekapan mentadbir institusi, kata Kardinal Filipina, Luis Antonio Tagle.

May 30, 2020

VATIKAN: Pesan Sri Paus Fransiskus baru-baru ini kepada para anggota misi kepausan mengingatkan mereka bahawa misi utama gereja adalah untuk memberitakan Injil, bukan dana, wang atau kecekapan mentadbir institusi, kata Kardinal Filipina, Luis Antonio Tagle.

Dalam wawancara dengan Media Vatikan yang diterbitkan pada 28 Mei, Kardinal Tagle, prefek Kongregasi untuk Penginjilan Umat berkata, Sri Paus “bukan bermaksud menentang kecekapan dan kaedah” yang dapat membantu kegiatan misionari Gereja.

Namun, Sangti Papa mengingatkan kita tentang bahaya “mengukur” misi Gereja dengan menggunakan standard dan hasil yang telah ditentukan oleh model atau sekolah pengurusan, walaupun kedua-dua ini sangat baik dan bermanfaat.”

“Kaedah dan kecekapan dari model itu memang membantu tetapi tidak boleh menggantikan misi Gereja,” katanya. “Organisasi Gereja jika mengikut kecekapan model duniawi  mungkin hanya dapat mengeluarkan misionari yang amat sedikit.”

Sri Paus mengirim pesan itu pada 21 Mei kepada anggota-anggota perkumpulan atau pergerakan misi selepas perhimpunan agung mereka dibatalkan kerana pandemik Covid-19. Namun anggota-anggota misi tetap mening katkan kesedaran dan mempromosikan doa untuk misi, selain mengumpulkan wang untuk membiayai pelbagai projek di beberapa negara termiskin di dunia. Sri Paus Fransiskus juga mengingatkan mereka bahawa pengumpulan dana adalah bukan keutamaan pertama mereka.

Kardinal Tagle mengatakan Bapa Suci melihat ada bahaya dalam sumbangan menjadi “sekadar dana atau sumber daya yang akan di gunakan, dan bukannya tanda-tanda cinta yang nyata, doa, untuk membahagikan hasil kerja manusia.”

“Umat beriman seharusnya komited menjadi misionari sukacita Tuhan, inilah sumber terbaik kita, bukan wang atau dana,” ujar Kardinal Tagle. “Adalah baik untuk mengingatkan umat beriman bahawa meskipun  sumbangan  mereka kecil tetapi apabila digabungkan, akan  menjadi ungkapan besar amal misionari Bapa Suci kepada gereja-gereja yang memerlukan.

Hadiah itu amat bermakna, meskipun kecil tetapi dihasilkan atas kebaikan bersama.

Dalam pesannya juga Sri Paus memperingatkan “perangkap dan patologi” yang dapat mengancam kesatuan masyarakat misionari dalam iman, seperti penyerapan diri (fungsionalisme) dan elitisme.

“Oleh kerana kurangnya berhubung dengan Roh Kudus, banyak inisiatif dan entiti yang mempunyai perhubungan dengan Gereja berakhir dengan hanya peduli dengan diri mereka sendiri,” kata Sri Paus.

“Banyak pendirian gerejawi, di pelbagai peringkat kelihatannya ditelan oleh obsesi yang mempromosikan diri dan inisiatif mereka sendiri, seolah-olah itu adalah objektif dan tujuan misi mereka.”

Kardinal Tagle menyatakan bahawa karunia kasih Tuhan adalah inti gereja dan misinya di dunia, “bukan rancangan manusia.” Sekiranya tindakan Gereja dipisahkan dari akar ini, fungsi dan  rencana Gereja pasti lemah.”

“Kita harus menyedari bahaya fungsionalisme iaitu sikap yang mementingkan usaha sendiri dan menganggap kejutan dan campur tangan Tuhan merosakkan karya atau projek manusia.

“Bagi saya,” tegas Kardinal Tagle, “bagi menggelakkan dari fungsionalisme, kita harus kembali kepada sumur kehidupan Gereja dan misinya: karunia Tuhan dalam Yesus dan Roh Kudus!” — sumber Junno Arocho Esteves, CN

Total Comments:0

Name
Email
Comments