Inkultursi bawa keindahan dan kekudusan Gereja di Amazon

Sri Paus Fransiskus telah menekankan keperluan inkulturasi rohani di rantau Amazon, dan memuji ekspresi peribumi yang dipakai dalam keagamaan, seraya menyatakan bahawa Ekaristi sebagai komponen utama kerohanian Kristian .

Feb 23, 2020

KOTA VATIKAN: Sri Paus Fransiskus telah menekankan keperluan inkulturasi rohani di rantau Amazon, dan memuji ekspresi peribumi yang dipakai dalam keagamaan, seraya menyatakan bahawa Ekaristi sebagai komponen utama kerohanian Kristian .

Dalam ekshortasi apostolik yang dikeluarkan pada 12 Februari sebagai susulan Sinode Amazon pada tahun lalu, Sri Paus mengatakan Gereja harus menyesuaikan dan mengadopsi identiti rantau Amazon dengan cara yang benar-benar Kristian.

Melalui Querida Amazonia, Sri Paus meminta Gereja untuk melibatkan diri dan mempertahankan umatnya a di peringkat sosial, kebudayaan, alam sekitar dan rohani.

“Dalam mengekalkan pewartaan kerigma, Gereja juga perlu berkembang di rantau Amazon. Dengan berbuat demikian, Gereja sentiasa mengubah identitinya melalui mendengar dan berdialog dengan umat, menyesuaikan dirinya dengan realiti dan sejarah tanah ia berada,” ujar Fransiskus. 

Sri Paus mengatakan inkulturasi benar adalah "proses yang perlu" yang "tidak menolak apa-apa kebaikan yang sudah ada dalam budaya Amazon, Memetik ajaran Sto Yohanes Paulus II, Fransiskus berkata bahawa Gereja tidak pernah menafikan "autonomi budaya. Sebaliknya, Gereja memberi penghormatan besar kerana budaya bukan hanya objek penebusan dan kemuliaan tetapi  juga dapat memainkan peranan pengantaraan dan kerjasam"Fransiskus juga menggunak an dokumen tersebut untuk mengkaji semula dan menjawab perdebatan yang berlaku pada sinode 2019 mengenai peranan dan kesesuaian penggunaan simbol-simbol kerohanian peribumi di dalam Gereja.

Semasa Sinode para Uskup Amazon pada 6-27 Oktober tahun lepas, apabila sebuah ukiran patung wanita hamil tanpa berbaju  yang merupakan simbol agama peribumi “Pachamama” dipamerkan sepanjang berlangsungnya sinode itu di Roma.

Sesetengah pemerhati menegaskan patgung itu mewakili kehidupan, kesuburan, dan ibu, manakala beberapa pihak dan bekas kardinal  mengecam ‘kehadiran’ patung itu yang dianggap sebagai bentuk penyembahan berhala. Kontroversi itu membara apabila Youtube menyiarkan patung itu dikel uarkan dari Gereja Santa Maria di Traspontina dan dibuang ke Tiber.

Semasa sesi penutupan sinode itu, Fransiskus membuat permohonan maaf  atas kejadian itu, dengan mengatakan bahawa "Sebagai uskup keuskupan ini, saya meminta maaf daripada mereka yang telah tersinggung dengan tindakan ini. Sri Paus menegaskan bahawa patung itu dipamerkan di gereja "tanpa niat berhala."

Dalam Querida Amozonia, Fransiskus sekali lagi merujuk isu ini tanpa menyebut Pachamama secara khusus. Katanya, kita boleh mengambil simbol dari masyarakat orang asli dalam beberapa upacara tanpa menganggapnya sebagai penyembahan berhala. Mitos boleh diganti dengan makna kerohanian dan ia bukan penyembahan berhala. --CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments