Isteri terlalu cemburu

Isteri terlalu cemburu

Sep 21, 2018

Soalan: Saya mempunyai masalah dengan isteri. Kami sering bertengkar kerana sifat cemburu isteri yang berlebihan. Saya merasa tertekan dengan rasa cemburu ini. Isteri saya cemburu terhadap masa lalu saya.

Sifat cemburu ini membuat saya selalu berusaha menjaga jarak dengan klien di kalangan wanita hingga membawa kesan buruk dalam pekerjaan saya.Isteri saya juga suka mengungkit segala hal, baik itu secara materi ataupun emosional. Saya merasa putus asa.

Saya sudah meminta nasihat daripada orang terdekat daripada keluarga saya, juga keluarga isteri tetapi mereka juga tidak dapat mencadangkan apa-apa penyelesaian. Setiap malam saya berdoa supaya isteri saya berubah. Saya benarbenar merasa sedih.

Apakah saya salah memilih pendamping hidup? Mohon pencerahannya, apa yang harus saya lakukan untuk membuka fikiran isteri saya? — Eko

Jawaban: Sdra Eko yang sedang berasa bingung dan putus-asa. Saya dapat merasakan bagaimana perasaan Sdra menghadapi isteri yang belum dapat menerima dan memahami tentang diri anda yang mencintai sepenuh hati dan mahu menerima kekurangan/ kelebihan isteri, sehingga Sdra menjadi jengkel.

Apatah lagi Sdra sudah berusaha sedemikian rupa, namun isteri tidak juga berubah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Sdra kerana berkenan untuk menyampaikan permasalahan ini ke ruangan ini. Harapan saya, dengan keluhan Sdra ini, isteri dapat ikut membaca. Dan, semoga jawaban atas perkara ini dapat memberi pencerahan buat Sdra, juga isteri.

Membangun rumah tangga, pada dasarnya adalah menyatukan dua keperibadian yang berbeza. Di samping itu, juga menyatukan pendidikan, pengalaman hidup, latar belakang pola asuh orang tua, status ekonomi, mahupun latar belakang budaya, dan lain-lain.

Pasangan yang tidak jauh berbeza, mudah untuk menyatukan. Namun, bila sangat jauh berbeza, sangat sukar untuk menyatukan; dan tentunya banyak rintangan yang harus dihadapi selama berumah tangga.

Dengan adanya perbezaan tersebut, apakah bererti pasangan tidak dapat disatukan? Dapat disatukan!! Namun, tentunya tergantung bagaimana masing-masing dapat atau tidak untuk saling memahami perbezaan tersebut, saling menghormati dan menghargai.

Di samping itu, sejauh mana usaha masing-masing untuk menyesuaikan diri dalam perbezaan-perbezaan tersebut. Tentunya, perlu proses. Ada yang mampu dengan cepat, namun ada yang memerlukan waktu yang sangat lama, bahkan terus berproses seumur hidup.

Alat yang terpenting dalam menyatukan adalah komunikasi berlandaskan saling keterbukaan antara suami dan isteri. Komunikasi yang dimaksudkan tidak hanya soal bicara, namun juga bahasa tubuh atau perilaku: verbal mahupun non-verbal. Jadi, apa yang diucapkan juga terlihat dalam perilaku yang dinampakkan. Misalnya, bila suami-isteri saling mencintai dan menyayangi, selain mengucapkan cinta dan kasih sayang, tentunya juga menampakkan perilaku yang mewujudkan cinta dan kasih sayang tersebut seperti merawat pada waktu pasangan sakit, saling memberi hadiah pada waktu pasangan ulang tahun, dsb. Apabila komunikasi tersebut tidak berjalan dengan baik, tentu akan terjadi pertengkaran, dan hujung-hujungnya dapat terjadi perceraian.

Dalam mencermati permasalahan Sdra, saya percaya Sdra telah melakukan komunikasi dengan isteri, secara verbal dan non-verbal.

Namun, pertanyaannya: apakah perkataan yang disampaikan kepada isteri juga diwujudkan dalam perilaku Saudara? Kalau memang sudah dilakukan, namun ternyata isteri belum dapat menerima, pasti ada komunikasi yang salah. Oleh kerana itu, kita harus melihat dari sudut pandang isteri untuk menemukan kesalahan berkomunikasi tersebut.

Untuk itu, saya sarankan, Sdra dan isteri berjumpa ahli psikologi perkahwinan. Kalau ternyata isteri Sdra tidak bekerjasama untuk diajak ke psikologi perkahwinan demi keutuhan rumah tangga, bererti kesalahan tidak pada diri Saudara.

Dengan demikian, Sdra fokus saja dengan pekerjaan Saudara, tidak usah terlalu mempedulikan sikap isteri. Yang terpenting, Sdra sudah berbuat baik untuk keluarga dan Tuhan. — Haryo Goeritno, hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments