Jompy dampingi belia stasi luar

Jompy dampingi belia stasi luar

Oct 12, 2018

SANDAKAN: Kerasulan Belia Katolik St. Mark dan St. Peter sekali lagi telah menganjurkan program lawatan yang dinamakan sebagai Journey Of St Mark and St Peter’s Youth (JOMPY) pada 16 September di Kapela Holy Family, Sapi Nangoh di bawah naungan Paroki Telupid.

Ini merupakan lawatan kali kelima sejak ia dianjurkan. Seramai 20 orang Kerasulan Belia Katolik St. Mark dan St. Peter telah menyertai lawatan ini.

Pada dasarnya, program JOMPY bertujuan untuk menjangkau belia-belia di stasi luar untuk membina perpaduan dan mempromosi semangat pelayanan belia selaras dengan seruan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan.

Program dimulakan dengan ice breaking, disusuli sesi pengenalan ‘siapa kami’ Kerasulan Belia Katolik St. Mark dan St. Peter. Sdra Janarius telah mengongsikan maklumat mengenai program JOMPY ini.

JOMPY sudah beberapa kali diadakan namun merupakan yang pertama kali diadakan di di Kapela Holy Family. Sesi diteruskan lagi dengan ‘Mengapa kami di sini?’ oleh Sdra Alday.

Beliau menjelaskan bahawa “belia harus berjalan bersama dan harus menyingkirkan pemikiran yang hanya melayani pada pelayanan tertentu sahaja.

Katanya, ‘Berjalan bersama’ itu tiada faktor halangan usia, harus berfikiran terbuka dan membuang sifat-sifat ego dalam diri. Belia haruslah lebih fokus kepada fikiran yang berpusatkan Kristus.

Pada penghujung sesi lawatan ini, salah seorang belia kapela Holy Family mengongsikan rasa syukur beliau di atas program lawatan ini dan berharap agar program sebegini akan diadakan lagi bukan sahaja yang melibatkan belia tetapi juga penglibatan dari komuniti- komuniti lain

Program diteruskan dengan aktiviti permainan, diikuti penyampaian cenderahati penghargaan kepada belia Kapela Holy Family, Sapi Nangoh. Program diakhiri dengan doa penutup, gambar beramai-ramai dan gotong royong membersihkan tempat acara.

Total Comments:0

Name
Email
Comments