Jurucakap Vatikan nafi khabar angin Paus Fransiskus sakit

Jurucakap Vatikan menafikan laporan bahawa Paus Fransiskus sedang sakit berikutan beberapa jadual Bapa Suci yang ditiadakan atau dibatalkan.

Jun 27, 2014

VATIKAN: Jurucakap Vatikan menafikan laporan bahawa Paus Fransiskus sedang sakit berikutan beberapa jadual Bapa Suci yang ditiadakan atau dibatalkan. Menurut Fr Thomas Rosica, penasihat kepada jabatan akhbar Vatikan, disebabkan cuti musim panas, maka aktiviti Paus Fransiskus adalah terhad.

“Bapa Suci tidak sakit atau tenat. Jika dia sakit, sudah tentu dia akan bersikap terbuka dan meminta orang ramai mendoakannya,” kata Fr Thomas.

Paus Fransiskus biasanya bersama dengan umat awam di Dataran Sto Petrus pada setiap hari Rabu pagi dan sedang merancang mengunjungi Korea Selatan pada Ogos 13-18.

Namun, Paus akan mengehadkan kemunculannya bersama umat awam di Dataran Sto Petrus sepanjang bulan Julai seperti yang dilakukannya pada musim panas yang lalu dan akan kembali merayakan Misa Kudus harian di Kediaman Sta Marta sepanjang musim panas. Sudah menjadi kelaziman para Paus untuk mengambil cuti semasa musim panas.

Menurut Fr Thomas, Fransiskus 77, akan terus bekerja tetapi akan membataskan kemunculannya di kalangan awam. Pada awal bulan ini, Fransiskus berehat selama dua hari kerana keletihan.

Menurut Fr Thomas, Fransiskus 77, akan terus bekerja tetapi akan membataskan kemunculannya di kalangan awam. Pada awal bulan ini, Fransiskus berehat selama dua hari kerana keletihan. Oleh itu, pegawai-pegawai Gereja mengumumkan bahawa Paus menyekat jadualnya pada hari Isnin, ini membawa kepada spekulasi bahawa prelatus itu sedang sakit.

“Paus berjalan sedikit tempang dan sebahagian paru-parunya dipotong semasa berusia 21 tahun tetapi dia dalam keadaan sihat,” kata Fr Thomas. --CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments