Kanak-kanak teruja sertai Minggu Laudato Si'

Komisi Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan Keuskupan Keningau (KKACT) telah melancarkan Minggu Laudato Si' untuk kanak-kanak pada 16-34 Mei lalu.

May 30, 2020

KENINGAU: Komisi Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan Keuskupan Keningau (KKACT) telah melancarkan Minggu Laudato Si' untuk kanak-kanak pada 16-34 Mei lalu.

Bertemakan "Segala-galanya Saling Berhubung Kait", Minggu Laudato Si' itu kemudiannya ditutup oleh Bapa Uskup Cornelius Piong semasa Misa Kudus Hari Minggu Paskah Ketujuh, 24 Mei 2020.

Pada penghujung Misa Kudus, Uskup Cornelius mengucapkan terima kasih kepada KKACT yang mengusahakan aktiviti sempena Minggu Laudato Si' dalam talian serta KOMSOS yang membantu mempromosi aktiviti-aktiviti Laudato Si'.

Menurut Uskup Cornelius, "Minggu Laudato Si' berakhir pada hari ini tetapi usaha kita mengekalkan keaslian dan kemurnian bumi – kediaman kita bersama – adalah berterusan."

KKACT telah melancarkan Kit Laudato Si untuk kanak-kanak, di mana pada setiap hari, kanakkanak dapat mengikuti aktiviti dalam talian seperti mewarna, membuat enzim organik, mengenal gajah pigmi Borneo dan membuat topeng gajah pigmi, membuat Ikrar Laudato Si' dan banyak lagi.

Ibu bapa juga telah mengongsi gambar anak-anak mereka membuat aktiviti Minggu Laudato Si dan turut mendapat perhatian Uskup Cornelius Piong di mana prelatus itu bangga dengan usaha adik-adik kecil yang bersungguhsungguh mahu menjaga bumi - rumah kita bersama.

Dalam Surat Pastoralnya sempena Minggu Laudato Si' Uskup Cornelius Piong mengatakan Keuskupan Keningau sejak penubuhannya, sudah menekankan tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.

Selain kit Laudato Si' untuk kanak-kanak, melalui laman web KKACT, diselitkan juga infografik usaha pemulihan lapisan ozon di peringkat global, katekesiskatekesis daripada tokoh ternama misalnya Sri Paus Fransiskus dan Kardinal Tagle, video membuat enzim organik dan aktiviti-aktiviti berkaitan dari pelbagai tempat.

Total Comments:0

Name
Email
Comments