Kasih menuntut kita untuk melakukan sesuatu

Kita diselamatkan oleh kematian Yesus! Kenyataan ini dipercayai oleh semua umat Kristian. Inilah rukun utama di dalam iman Kristian dan menjadi sumber hampir semua ikonografi Kristian.

Jan 15, 2021

Kita diselamatkan oleh kematian Yesus! Kenyataan ini dipercayai oleh semua umat Kristian. Inilah rukun utama di dalam iman Kristian dan menjadi sumber hampir semua ikonografi Kristian.

Kematian Yesus di kayu salib telah mengubah sejarah buat selamanya. Malah, masa kita diukur mengikut kematian-Nya.

Pengaruh kematian Yesus amat memberi kesan kepada dunia, tidak lama selepas kematian-Nya, dunia mulai mengukur masa mengikut masa kelahiran-Nya.

Kini, kita berada pada tahun 2017 sejak kelahiran Yesus. Tetapi bagaimana ia terjadi? Bagaimana kematian seseorang terpantul di sepanjang sejarah, tidak lapuk ditelan zaman, melangkau masa, berlaku pada masa lampau tetapi amat memberi kesan mendalam sehingga masa kini dan masa hadapan umpama kematian itu berlaku pada masa sekarang?

Apakah ini merupakan beberapa misteri dan metafizik Ketuhanan yang tidak seharusnya difahami oleh pemikiran normal kita?

Saya percaya bahawa jawaban yang kerap diberikan adalah terlalu sederhana iaitu “Ia adalah misteri. Percayalah. Anda tidak perlu untuk memahaminya.”

Walaupun ringkas tetapi jawaban itu sesungguhnya benar dan bijak.

Bagaimana kita disucikan melalui darah Kristus adalah sesuatu yang kita fahami di dalam hati melangkaui pemikiran. Kita tahu ia adalah kebenaran sejati meskipun  kita tidak memahaminya.

Sesungguhnya, kita tahu bahawa kebenaran ini adalah terlalu mendalam sehingga ia membawa risiko kepada seluruh hidup kita. Saya tidak mungkin menjadi pewarta Injil dan Paderi pada hari ini sekiranya saya tidak percaya bahawa kita telah diselamatkan oleh kematian Yesus.

Tetapi bagaimana untuk menjelaskan hal ini?

Melalui kajian saya sebagai seorang ahli teologi dan di dalam pencarian saya untuk memperdalamkan iman Kristian, saya telah mencari konsep-konsep, mencari gambaran yang sesuai dan sebuah bahasa yang dapat difahami agar mudah untuk menjelaskan soalan berikut, “Bagaimana kematian seorang lelaki pada 2000 tahun lalu dapat menyelamatkan kita pada hari ini?”

Salah seorang yang membantu di dalam pencarian ini ialah nasihat daripada Edward Schillebeeckx.

Melalui bukunya yang pertama berkenaan “Yesus sebagai Sakramen Tuhan” menjelaskan dengan sederhana bahawa kita tidak mempunyai metafizik di dalam menghuraikan hal ini.

Saya juga mengutip petikan daripada CH Dodd yang menjelaskan dengan sederhana bahawa, “Terdapat banyak perkara mendalam di sini selain daripada yang dijelaskan pada peringkat sejarah atau manusia. Tuhan berada di dalamnya.”

Sebahagian hal itu adalah misteri. Namun saya mengaku bahawa penerangan tersebut adalah begitu  terbatas. Di sini, saya ingin menawarkan dua lagi pendapat yang mungkin dapat menerangkan sesuatu yang sukar difahami.

Pendapat-pendapat tersebut dipetik daripada Thomas Keating dan CH Dodd.

Gagasan Keating adalah lebih mistik dan puitis, tetapi sangat menakjubkan; pendapat Dodd pula adalah lebih fenomenologis namun kedua-dua mereka banyak membantu untuk memahami.

Thomas Keating memberi ulasan beliau semasa menjawab sebuah pertanyaan: “Pernahkah kita benarbenar memahami bagaimana kita diselamatkan oleh kematian Yesus lebih daripada dua abad yang lalu?”

Alkitab memberikan contoh orang-orang yang benar-benar  memahami penyelamatan melalui kematian-Nya seperti Maria dari Betania yang mengurapi Yesus di rumah Simon, orang Farisi.

Dengan menuangkan sebotol minyak wangi mahal ke seluruh tubuh Yesus sehingga wangian itu mengharumkan seluruh ruang rumah tersebut, wanita itu kelihatannya mempunyai perasaan kuat bahawa inilah yang akan Yesus lakukan di kayu salib. Pihak berkuasa telah membuat keputusan untuk membunuh Dia.

Perbuatan menuang minyak wangi yang mewah ini memberikan makna simbolik terhadap kesengsaraan dan kematian Yesus.

Tubuh Kristus merupakan sebalang minyak wangi yang amat berharga dan harum sepanjang masa iaitu Roh Kudus. Ia akan akan patah dan terbuka agar Roh Kudus dapat dicurahkan kepada seluruh umat manusia— pada masa lalu, sekarang dan yang akan datang— dengan kemurahan hati tanpa batasan.

Sehinggalah tubuh itu mati di kayu salib, kepenuhan rahmat mendalam Tuhan di dalam Kristus dan transformasinya, mungkin tidak dapat difahami atau dibayangkan oleh umat manusia.

CH Dodd pula menjelaskan bagaimana kematian Yesus memberi pengaruh kepada sejarah. Menurutnya, “Ada sesuatu yang lebih hebat, lebih bermakna untuk diceritakan di peringkat sejarah atau manusia. Iaitu Tuhan.”

Matlamat indah Tuhan adalah selama- lamanya bekerja di dunia ciptaan- Nya. Namun kehendak  Tuhan bertembung dengan kedegilan manusia.

Sekiranya pada suatu ketika, tidak terdapat manusia melawan Tuhan di dalam sejarah, menjadi telus dengan sempurna menurut kehendak-Nya — maka matlamat kreatif itu akan bekerja dengan kuasa yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Ini menunjukkan betapa sempurnanya ketaatan Yesus yang memberi kesan hebat kepada kita.

Di dalam sifat-sifat semulajadi manusia dan sejarah manusia, Dia teguh berpegang akan kehendak Tuhan serta tidak melawan apa yang direncanakan-Nya dan menyempurnakan kehendak itu dengan tulus. Di dalam mengenang semula saat itu, ia menjadi kontemporari dan kita terbuka kepada tenaga kreatif yang terus bekerja untuk menjadikan manusia mengejar imej Tuhan.

Ketaatan Kristuslah yang memberikan kuasa hebat di dalam menyempurnakan hidup manusia. Sebuah keputusan yang diambil oleh seseorang lelaki atau wanita hebat dapat mengubah setiap aspek kehidupan, pada masa sekarang dan seterusnya pada masa hadapan.

Semua tingkah laku moral kita akan meninggalkan jejak dan adakalanya jika tindakan moral itu bersamaan dengan membelah atom maka kesannya akan kekal selamanya. Kematian Yesus membelah atom moral.— Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 19992021

Total Comments:0

Name
Email
Comments