Katekesis pada era digital dan krisis iman

Katekesis pada era budaya budaya digital dengan globalisasi mempertahankan kesatuan antara pewartaan pertama dan pematangan iman.

Jun 26, 2020

KOTA VATIKAN: Katekesis pada era budaya budaya digital dengan globalisasi mempertahankan kesatuan antara pewartaan pertama dan pematangan iman. Meskipun akibat globalisasi dan dikaitkan dengan pelbagai aspek lain yang boleh menyebabkan krisis iman namun penginjilan merupakan tugas utama dalam kehidupan Gereja, dan katekesis pada era digital adalah sarana tepat!

Inilah perspektif di mana Direktori baru untuk katekesis disampaikan kepada para wartawan di Vatikan pada 25 Jun lalu. Presiden majlis Kepausan untuk mempromosikan penginjilan baru, Msgr Rino Fisichella, mengatakan kemunculan budaya digital, mendorong keperluan Direktori keluaran yang ketiga, setelah tahun 1971 dan 1977.

Dibahagikan kepada tiga bahagian dan 12 bab, Direktori 326 halaman itu mengingatkan tanggungjawab bagi setiap orang yang dibaptis sebagai misionari dan keperluan mendesak untuk mencari ‘bahasa baharu’ untuk menyampaikan iman. Ini memperkenalkan tiga prinsip asas: Saksi, kerana “Gereja tidak tumbuh dengan paksaan menukar agama sebaliknya dengan tarikan”; Rahmat, katekis yang sejati menjadikan penyataan iman dapat dipercayai; dan Dialog, bebas dan terbuka, tidak wajib tetapi menyumbang kepada kedamaian dan keharmonian.

Setiausaha Majlis Kepausan, Msgr Octavio Ruiz Arenas, menambah “Gereja tidak  lagi hidup dalam rejim agama Kristian tetapi dalam masyarakat yang sekular, di mana iman telah kehilangan kekudusannya dan nilai-nilai Kristian dipersoalkan. Katekesis, mesti bersatu erat dengan karya penginjilan dan tidak dapat dipisahkan darinya.”

Oleh itu, Direktori itu juga menjelaskan pembentukan katekesis iaitu seseorang yang “menjadi katekis sebelum menjadi katekis”, agar dapat menjadi “saksi kredibel” tanpa terperangkap dalam “keprihatinan pastoral  yang statik. Dari Uskup sebagai katekis pertama keuskupannya, hingga datuk-nenek — katekesis tidak boleh dipinggirkan malah ia inti paling intim dari semua bentuk dan cara untuk menyampaikan iman,” kata Msgr Franz-Peter Tebartz-van Elst, perwakilan untuk katekesis dalam dewan kepausan yang sama.

Dunia digital, kata Direktori, mempunyai aspek positif — mempromosikan maklumat bebas untuk melindungi orang yang paling  rapuh — tetapi juga mempunyai “sisi gelap” kesepian, manipulasi, buli siber, prasangka. Tambahan pula, ia tidak bersifat emosional dan intuitif, tanpa analisis kritikal, hanya menghasilkan penerima pasif.

Bagi katekis, ini adalah masalah yang membezakan “budaya segera”, tanpa hierarki dan perspektif nilai dan tidak dapat membezakan kebenaran dan kualiti. Namun, orang muda akan didampingi dalam mencari kebebasan dalaman yang menolong mereka membezakan diri dari “kawanan sosial”. “Cabaran evangelisasi melibatkan inkulturasi di benua digital,” ujar  Direktori tersebut.

Dokumen tersebut kemudian membahas isu-isu seperti hubungan dengan sains, mengesyorkan persiapan untuk menghilangkan prasangka dan menjelaskan konflik yang jelas antara sains dan iman, juga meningkatkan kesaksian para saintis Kristian, contoh keharmonian dan sintesis antara kedua-duanya.

Direktori ini juga membahaskan salah satu tema yang paling disukai oleh Sri Paus Fransiskus: “pertobatan ekologi yang mendalam” yang akan dipromosikan melalui katekesis yang memperhatikan perlindungan Penciptaan dan memberi inspirasi kepada kehidupan yang luhur, jauh daripada konsumerisme kerana “ekologi integral adalah bahagian yang tidak terpisahkan dari Kehidupan Kristian.”

Pada akhirnya, Direktori ini juga menekankan katekismus yang, “memungkinkan anda menemui iman yang benar-benar berjumpa dengan seseorang, menggalakkan persaudaraan dan bahawa agama Kristian bukan agama masa lalu, melainkan peristiwa masa kini”".--Asia News

Total Comments:0

Name
Email
Comments