Katekis membedah isi kandungan Ajaran Sosial Gereja

Katekis membedah isi kandungan Ajaran Sosial Gereja

Sep 14, 2018

KERUBONG, Melaka: Pada 11 Ogos lalu, pelayanan Kerasulan Bahasa Malaysia Vikariat Melaka telah menganjurkan Kursus Katekis bertema Ajaran Sosial Gereja buat pertama kalinya di Gereja Our Lady of Guadalupe (OLOG).

Kursus yang disertai 45 orang peserta ini berlangsung pada 11-12 Ogos lalu. Para peserta datangnya dari Gereja OLOG, Chapel St.Andrew dan Chapel Corpus Christi Kem Terendak.

Kebanyakan sesi disampaikan oleh Father Moses Rayappan. Melalui seminar ini, para peserta diberitahu bahawa Ajaran Sosial Gereja (ASG) merupakan ajaran-ajaran yang disusun bagi memperjelaskan peranan sosial Gereja dalam sahutannya kepada cabaran-cabaran dan isu-isu yang wujud.

ASG adalah berakar pada tauladan Yesus, nilai-nilai Injil dan ilham dari tradisi Kristian. Umat Katolik sama ada individu, kumpulan atau komuniti harus memberi respon atau bertindak balas terhadap keperluan orang yang memerlukan seperti dalam kisah “Orang Samaria yang murah hati” dalam Injil Lukas 10 : 25-37.

Fr Moses memulakan ceramah pembukaan bertajuk “Rerum Novarum” (RN) atau “Keadaan Golongan pekerja”. RN merupakan ensiklik Sri Paus Leo XIII yang menaruh perhatian pada masalahmasalah sosial secara sistematik dan dalam jalan fikiran yang berdasarkan prinsip keadilan universal.

Selain RN, ASG juga mengangkat ensilik-ensiklik dari Sangti Papa yang lain misalnya Mater et Magistra (Kristiantinas dan Kemajuan Sosal), Pacem et Terris (Damai di Bumi) dan Gaudium et Spes (Gereja dalam dunia moden.)

Fr Moses juga menekankan bahawa dalam merelisasikan ASG, kita boleh melakukan aktiviti sosial untuk kesedaran atau sesuatu yang boleh kita lakukan dalam KED atau di tempat kerja kita.

Para peserta juga diingatkan bahawa ASG merupakan harta yang penuh dengan sumber kebijaksanaan dalam membina komuniti insani yang adil dan kehidupan yang kudus di tengah masyarakat dunia yang kian mencabar.

“Unsur-unsur penting bagi gereja adalah melalui Alkitab ( Sabda Tuhan ), Sakramen dan Misi Sosial. Iman kita harus berakar-umbi kepada hidup berkomuniti,” ujar Fr Moses.

Cakupan bidang ASG iaitu segala aspek yang merangkumi kehidupan manusia di mana kita tidak boleh mengabaikan mengenai sosial dan hanya menutup mata serta berfikir semuanya dalam keadaan yang selesa.

Paderi itu juga menyentuh mengenai LGBT, salah satu masalah sosial pada zaman ini. Kemudian, para peserta dibahagikan dalam kumpulan untuk membincangkan projek sosial masing-masing.

Turut hadir dalam seminar ini ialah Sr Maria Magdalena dan Sr Jaslia Ramut FSIC. — Sylvesterosol & Sunnykanis

Total Comments:0

Name
Email
Comments