Katolik China kesal buku teks sekolah kata Yesus membunuh pendosa

Katolik di tanah besar China kecal di atas maklumat tidak benar pada teks Alkitab yang digunakan di sekolah. Teks itu mendakwa Yesus telah melemparkan batu hingga mati terhadap seorang wanita kerana patuh pada undang-undang pada ketika itu.

Sep 26, 2020

BEIJING: Katolik di tanah besar China kecal di atas maklumat tidak benar pada teks  Alkitab  yang digunakan di sekolah. Teks itu mendakwa Yesus telah melemparkan batu hingga mati terhadap seorang wanita kerana patuh pada undang-undang pada ketika itu.

Buku teks yang diterbitkan oleh kerajaan itu dicetak oleh Universiti Sains Elektronik yang bermatlamat mengajar “undang-undang dan etika professional” kepada pelajar sekolah vokasional.

Buku itu memetik kisah Yesus yang mengampuni dosa seorang wanita yang melakukan dosa penzinaan dari Injil Yohanes tetapi telah mengubah penghujungnya.

Orang ramai mahu melemparkan batu kepada wanita itu sehingga mati mengikut undang-undang.  Tetapi Yesus mengatakan, “Sesiapa yang tidak pernah berdosa, dialah yang melemparkan batu pertama.” Mendengar kataYesus, orang ramai itu beredar satu persatu.

Kemudian, apabila orang ramai sudah bersurai, Yesus melemparkan batu hingga mati terhadap wanita itu dan berkata, “Saya juga berdosa. Tetapi jika undangundang hanya boleh dilaksanakan oleh orang yang tidak pernah bersalah,undang-undang itu pasti mati,” kata buku teks tersebut.

Seorang umat paroki yang memuat turun petikan buku teks itu di media sosial mengatakan fakta yang salah itu merupakan penghinaan kepada Gereja Katolik.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa Parti Komunis China telah  cuba memutar belit sejarah Gereja, cuba mencemar nama Gereja kami dan cuba membuatkan orang membenci Gereja kami,” tulisnya.

Mathew Wang, seorang guru Kristian di sebuah sekolah vokasional mengesahkan isi kandungan buku teks itu tetapi ia berbeza di beberapa tempat di China.

Wang mengatakan bahawa buku itu telah disemak oleh Komiti Semakan Semula Buku teks untuk Pendidikan Moral Sekolah Menengah Vokasional.

Wang mengatakan bahawaara penulis telah menggunakan contoh yang salah agar ia sejajar dengan undang-undang sosialis China. 

Beberapa orang Katolik juga mengatakan para penulis buku teks itu menggunakan taktik kotor,  mahu membuktikan undang-undang China adalah yang tertinggi.

Seorang paderi Katolik yang tidak mahu namanya ditulis mengatakan, jika teks Alkitab itu telah  diseleweng, ia telah melanggar moral dan undang-undang, jadi bagaimana kita masih mengajar etika professional dengan buku tersebut?” –– UCAN

Total Comments:0

Name
Email
Comments