Katolik di Guam Korea Selatan berdoa untuk keamanan di tengah-tengah ancaman Korea Utara

Gereja Katolik di Guam menyeru para penganut Kristian dan seluruh penduduk di pulau itu untuk berdoa di tengah-tengah ketegangan ancaman serangan misil oleh Korea Utara.

Aug 18, 2017

HAGATNA, Guam: Gereja Katolik di Guam menyeru para penganut Kristian dan seluruh penduduk di pulau itu untuk berdoa di tengah-tengah ketegangan ancaman serangan misil oleh Korea Utara.

Uskup Koadjutor Michael J.Byrnes meminta semua Paderi untuk mempromosikan doa keamanan semasa Misa pada 13 Ogos lalu kerana Korea Utara terus mengancam akan menyerang ketenteraan Amerika di kepulauan Mariana.

"Berdoalah untuk keamanan untuk kedua-dua negara, penyelesaian resolusi, dan bijaksana dalam ucapan dan tindakan,” kata Uskup Agung Byrnes dalam pesan kepada semua imam Keuskupan Agung Agana, 11 Ogos.

“Berdoalah bagi lelaki dan wanita kita yang berkhidmat dalam ketenteraan khususnya mereka yang bertugas di Guam. Semoga mereka bijaksana dan berani dalam menjalankan tugas mereka masing-masing.”

Guam telah lama mempunyai kepentingan ketenteraan strategik yang tinggi kepada Amerika Syarikat kerana lokasinya di Kepulauan Mariana dan telah menjadi pusat bagi beberapa buah pangkalan tentera A.S selama beberapa dekad. Pengebom B-52 sentiasa dikerah dari Pangkalan Tentera Udara Andersen di Guam semasa Perang Vietnam pada tahun 1960-an dan 70-an.

Penduduk pulau ini kebanyakannya Katolik dan mereka mula diberi peringatan akan ancaman Korea Utara ke Guam pada 9 Ogos.

Keuskupan itu mengeluarkan pesan kepada semua umat Katolik dan masyarakat umum pada hari yang sama mendesak semua orang untuk berdoa dengan tekun "

Manakala Uskup Agung Byrnes dalam pesannya pada 11 Ogos mengatakan, “Sejak dilantik sebagai Uskup Agung Koadjutor Agana, saya sentiasa dikuatkan oleh kata-kata Nabi Yesaya, “Masa keamanan akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan TUHAN!” … ini adalah pesan yang amat sesuai dengan situasi masa kini.”--CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments