Katolik diseru perlihatkan cinta kasih Kristian dalam melawan Coronavirus

Para uskup di Vietnam telah meminta umat Katolik untuk menghidupi iman Kristian dalam memerangi coronavirus yang cepat merebak dengan merawat pesakit yang dijangkiti secara adil dan tidak mencari keuntungan ke atas bekalan kesihatan.

Feb 16, 2020

HO CHI MINH, Vietnam: Para uskup di Vietnam telah meminta umat Katolik untuk menghidupi iman Kristian dalam memerangi coronavirus yang cepat merebak dengan merawat pesakit yang dijangkiti secara adil dan tidak mencari keuntungan ke atas bekalan kesihatan.

Pada 8 Februari, Uskup Paul Nguyen Thai Hop, Uskup diosis Ha Tinh berkata dunia terjejas teruk oleh wabak coronavirus, jadi "umat Katolik tempatan harus memperlihatkan cinta Kristian yang hebat dalam tempoh yang sukar ini.” 

Uskup Hop menggesa umat supaya tidak membuat keuntungan dari kekurangan bekalan perubatan, terutama topeng muka yang kini dijual dengan harga tinggi.

Pengarah Pemantauan Pasaran berkata kekurangan topeng kesihatan yang teruk  kerana disebabkan oleh spekulasi yang tidak terkawal serta sikap ambil keuntungan dengan menaikkan harga topeng kesihatan.

Sementara itu banyak kedai dan farmasi  di kota Ho Chi Minh melaporkan bahawa mereka kehabisan stok topeng kesihatan tetapi 150,000 topeng kesihatan ditemui pada 7 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat untuk dieksport ke luar negara.

Uskup Joseph Nguyen Nang dari Ho Chi  Minh menyeru umat Katolik supaya tidak tamak dan mengambil kesempatan menghasilkan wang atas penderitaan orang lain.

"Kita harus berdoa untuk masyarakat manusia agar mengasihi dan membantu satu sama lain secara murah hati dalam masa yang sukar ini," kata Uskup Agung Nang dalam satu pesan pada 5 Februari.

Prelatus itu juga meminta umat beriman untuk berdoa agar pemimpin-pemimpin negara dapat mencari penyelesaian yang berkesan untuk wabak virus dan melayani  semua orang dengan adil, kebenaran dan cinta.

Uskup Hop menyeru umat Katolik untuk tidak mendiskriminasikan tetapi melayani dan menghormati pesakit yang dijangkiti virus, yang disyaki dan mereka yang berasal dari kawasan yang terjejas.

Uskup Hop juga meminta umat Katolik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang dicadangkan oleh Gereja dan agensi kerajaan dengan sikap tenang serta teliti. Mereka yang demam dan batuk se harusnya tidak menghadiri ibadat atau Misa tetapi boleh menerima Ekaristi di rumah.

Begitu juga dengan para paderi yang mendengar pengakuan serta uma yang mahu mengaku harus menjaga jarak serta memakai topeng kesihatan. Kelas katekismus dihentikan buat seketika.

Uskup Nang juga memberitahu umat Katolik Vietnam telah memulakan novena untuk mendoakan wabak itu dapat segera dibasmi dan bagi para pesakit, bermula 9 Feb lalu. -- ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments