Kaum muda, ANDA adalah PETANDA Tuhan masa kini!

Kaum muda, ANDA adalah PETANDA Tuhan masa kini!

Feb 01, 2019

PANAMA: “Kaum muda terkasih, anda bukan lagi masa hadapan tetapi adalah petanda Tuhan sekarang dan Dia mengajak anda dan memanggil anda untuk merealisasikan impin yang Tuhan impikan untuk anda,” ujar Sri Paus Fransiskus yang “membangunkan” ratusan ribu kaum muda dari 155 buah negara sempena Misa penutupan Hari Belia Sedunia Panama pada 27 Januari.

Prelatus itu menyeru semua kamu muda dari pelbagai benua yang bangga memegang bendera negara masingmasing agar menyedari bahawa mereka mempunyai sebuah misi dan jatuh cinta dengan misi itu.

Fransiskus mengingatkan kaum muda bahawa mereka boleh memiliki segala-galanya tetapi jika mereka kekurangan semangat mengasihi, “anda tidak mempunyai apaapa.” Oleh itu, Bapa Suci menyeru para penziarah muda itu, “Benarkanlah Tuhan untuk membuatkan kita ‘jatuh cinta’ kepada-Nya!”

Sri Paus memetik kata-kata terkenal daripada Father Pedro Arrupe, mantan Paderi General Yesuit yang pernah berkata, “sedarilah bahawa kita mempunyai misi dan jatuh cinta; ia akan memberikan keputusan kepada segalagalanya.”

Sebahagian besar kaum muda tidur di dalam khemah di Taman Metro selepas doa vigil bersama dengan Sri Paus. Pada keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan deringan bunyi umum untuk bangun pagi. Namun, deringan bunyi itu tidak setanding dengan panggilan “bangun dari tidur” Sri Paus Fransiskus yang mengingatkan bahawa merekalah petanda kehadiran nyata Tuhan masa kini!”

Doa vigil dan Misa penutupan membakar semangat para penziarah muda lebih-lebih lagi kehadiran pakaian berdarah Uskup Agung Oscar Romero, iaitu pakaian yang dipakai oleh beliau semasa ditembak mati ketika merayakan Misa Kudus, serta mitre episkopal mendiang Uskup Agung Romero yang dikempa dengan tulisan “to think with the church” (berfikir bersama Gereja)”.

Juga diletakkan pada sisi altar, patung Perawan Maria dari Fatima yang dibawa dari Portugal ke Panama.

Dalam khutbahnya, Sri Paus mengimbas kembali pembacaan Injil pada hari itu bahawa seperti orang-orang Nazaret iaitu kampung halaman Yesus, kita lebih memilih Tuhan yang “jauh”, Tuhan yang jauh tapi baik dan murah hati kerana Tuhan yang dekat, sebagai sahabat dan jiran, menuntut kita agar peka dengan keadaan sekeliling serta menjalin persahabatan dengan semua orang.

Uskup Roma itu menjelaskan bahawa Yesus memulakan pelayanan awam-Nya dengan pergi ke sinagoga di Nazaret, berdiri dan memenuhi impian Tuhan iaitu dengan mewartakan Khabar Gembira kepada yang miskin ... membebaskan para tahanan, menyembuhkan orang buta ... (Lukas 4:20)

“Kehadiran nyata Tuhan dipenuhi melalui Yesus. Ia adalah cinta kasih yang tidak menunggu situasi aman atau sempurna untuk menunjukkan diri. Tuhanlah yang menentukan semua masa dan setiap situasi dalam keadaan baik.

“Tuhan itu NYATA kerana kasih itu nyata; Tuhan itu konkrit kerana kasih itu konkrit!” — oleh Gerard O’Connell, America

Lagi berita WYD Panama di mukasurat BM5, 6 & 7.

Total Comments:0

Name
Email
Comments