Kaum muda belajar memperkayakan rohani sesama

Pada April 5-6 lalu, Program Pembentukan Belia Paroki Tenom (PBPT) meneruskan pelayanan dan destinasi yang terpilih iaitu Gereja Ratu Rosari Batu Tiningkang.

Apr 17, 2014

TENOM: Pada April 5-6 lalu, Program Pembentukan Belia Paroki Tenom (PBPT) meneruskan pelayanan dan destinasi yang terpilih iaitu Gereja Ratu Rosari Batu Tiningkang. Seramai 31 orang belia telah menyertainya dan dengan tema “Dia menjadi miskin agar kita menjadi kaya” (2 Kor 8:9). Sesi pertama bermula tepat jam 3.00 petang.

Para tim pelakasana membawa para peserta untuk berdoa iaitu doa utama Kerahiman Ilahi yang dipimpin oleh Sdri Lydia Justin. Kemudian, Sr Mary How FSIC memulakan sesi "Kenali Identiti Katolik” dan menayangkan video singkat tentang identiti Katolik sebenar. Sr Mary turut menerangkan apa maksud harta warisan Katolik itu dan mengapa harus dipelihara.

Bertemu dengan Yesus secara peribadi adalah hal yang mutlak perlu ada. Dalam sesi kesaksian iman, Sdri Elisabeth Linus selaku Pengerusi Belia Paroki St Anthony memberi kesaksian bagaimana perjalanan hidupnya sebelum dibaptis sehinggalah dia melayani di Paroi St Anthony. Elisabeth juga menasihatkan para belia agar tidak meninggalkan Yesus walau apa pun rintangan dan cabaran yang dilalui.

Selepas makan malam, program diteruskan dengan katekesis kesengsaraan Yesus dan Tujuh Sabda Kristus di Kayu Salib oleh Sr. Mary How. Kemudian tim mengajak para peserta untuk melaksanakan Ibadat Tujuh Sabda Kristus di Kayu Salib dalam doa Kerahiman Ilahi.

Dalam sesi tayangan rohani, Sr. Mary memberi peluang kepada para peserta untuk menonton filem yang bertajuk ‘Son of God’. Pada hari berikutnya, para peserta te berkumpul dan bersama-sama dengan tim dalam doa pagi.

Selesai sarapan, Sr Mary memulakan sesi "Kenali Tahun Liturgi (Pra-Paskah)" dan sesi kedua yang bertajuk "Perbezaan Alkitab Katolik dan Alkitab Protesten." Tepat jam 9.00 pagi para peserta dan tim mengikuti Ibadat Hari Minggu yang dipimpin oleh Kat. Silvester Justin.

Aturcara terakhir adalah Evalusi, perkongsian dan soal-jawab. Rata-rata para belia amat bersyukur kerana dapat mengikuti program seperti yang dapat menambah ilmu pengetahuan tentang kerohanian dan mengenal Yesus dengan lebih dekat.

Dan dalam sesi ucapan pula Sdri Justina Justin sebagai pemangku pengerusi program tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada Kerasulan Wanita Katolik Gereja Ratu Rosari yang telah bersusah payah untuk menyediakan makanan dan minuman untuk program tersebut dan KUK Gereja Ratu Rosari yang telah menyediakan tempat penginapan bagi tim pelaksana.

Dalam ucapan balas pengerusi belia Gereja Ratu Rosari Batu Tiningkang Sdr Johari Justin menyeru kepada semua belia setempat agar tetap bersama-sama untuk terus melayani dan tidak lelah untuk bekerja diladang-Nya yang luas ini. Program diakhiri dengan makan tengahari bersama-sama dengan peserta serta umat di Gereja Ratu Rosari Batu Tiningkang.

Timbalan pengerusi KUK Sdr Severinus juga telah memberi pemberian kasih kepada Sr. Mary How sebagai penghargaan dan tanda terimakasih kepada Sister dan tim pelaksana. — Christy F. Anjun

Total Comments:0

Name
Email
Comments