Kaum muda bergabung dalam doa Taize demi akhiri pandemik

Pada 1 Jun 2020 yang lalu Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan telah mengadakan buat pertama kalinya Doa Taize secara siaran langsung (Live Strea

Jun 20, 2020

SANDAKAN: Pada 1 Jun 2020 yang lalu Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan telah mengadakan buat pertama kalinya Doa Taize secara siaran langsung (Live Streaming).

Doa Taize yang berlangsung selama hampir satu jam ini dikhususkan bagi penyembuhan dan harapan agar penawar dapat ditemui dan pandemik Covid-19 ini dapat diakhiri. 

Ini merupakan usaha komisi untuk menjangkau para belia melalui media  sosial dan pada masa yang sama mengubati perasaan rindu para belia untuk berkumpul dan berdoa.

Penganjuran ini telah dijayakan bersama-sama dengan para belia paroki seluruh Keuskupan dengan mengambil peranan dalam menyediakan rakaman awal nyanyian lagu-lagu rohani dan lagu Taize menggunakan aplikasi seperti 'Virtual Choir', 'Wondershare' dan 'Kinemaster'.

Rakaman-rakaman ini telah digabungkan dan diudarakan semasa Doa Taize  yang disiarkan secara langsung.

Semoga melalui Doa Taize ini sedikit sebanyak iman para belia dapat disegarkan dan dikuatkan. Para belia juga diingatkan bahawa meskipun berada dalam situasi genting ini, Tuhan pasti akan memberikan 'jalan keluar'  agar mereka dapat dijangkau.

Doa Taize ini akan ke udara secara langsung pada bulan hadapan dan berharap lebih ramai belia dan keluarga mereka dapat mengikutinya.

...bahawa dalam segala situasi kegelapan
dan penderitaan yang kita bicarakan, ada
jalan keluar. Sebagai contoh, memang
benar bahawa dunia digital dapat menempatkan
kalian pada risiko menutup diri,
pada pengasingan diri atau kesenangan hampa.
Tetapi jangan lupa bahawa ada
orang-orang muda di bidang-bidang ini yang juga
memperlihatkan kreativiti dan kebijaksanaannya. --Kristus Hidup (Christus Vivit)104

Total Comments:0

Name
Email
Comments