Kaum muda sertai rakan seiman seluruh dunia mendoakan para paderi

Tim Pastoral Belia Paroki Hati Kudus, Kota Kinabalu telah berjaya memimpin doa rosari sempena doa tahunan Relay Rosari Global untuk Pengudusan para Paderi pada 19 Jun. Program ini telah disiarkan melalui Youtube mereka, “Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu”.

Jun 26, 2020

KOTA KINABALU: Tim Pastoral Belia Paroki Hati Kudus, Kota Kinabalu telah berjaya memimpin doa rosari sempena doa tahunan Relay Rosari Global untuk Pengudusan para Paderi pada 19 Jun. Program ini telah disiarkan melalui Youtube mereka,  “Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu”.

Ia dimulakan dengan Eksposisi Sakramen Mahakudus,diikuti Ibadat Harian, perkongsian daripada Seminarian Sylvester Wong, homili daripada Father Paul Lo, berkat apostolik Bapa Suci dan diakhiri dengan Adorasi.

Semasa menyampaikan perkongsian panggilannya sebagai seminarian, Sem. Sylvester yang baru tamat latihan pastoral selama empat bulan di paroki Ranau mengatakan panggilannya ‘biasa-biasa’ sahaja, tidak ada yang dramatik.

Namun, bagi yang mendengar, perkongsian panggilan itu memberi inspirasi kepada para belia kerana seminarian itu sebenarnya sudah pun mengecapi hidup dan kerjaya yang selesa. Memiliki Ijazah dalam Kejuruteraan, Sem. Sylvester pernah bekerja di Singapura, Jerman dan pelbagai tempat di dunia. Tetapi dia merasakan meskipun hidupnya sudah selesa, hatinya tidak tenang. Panggilan menjadi paderi itu semakin kuat apabila menyertai pelayanan Young Adult di Singapura.

Kini Sem. Sylvester telah pun menghabiskan enam tahun setengah di seminari Kolej Sto Petrus Kuching. Beliau memohon doa umat lebih-lebih lagi pada hari yang istimewa ini agar beliau tabah dan kuat dalam menamatkan pengajiannya yang berbaki setahun lagi.

Fr Paul di dalam homilinya menekankan akan kepentingan perayaan Hati Kudus Yesus yang melambangkan betapa dalam dan agungnya cinta kasih Yesus terhadap seluruh umat manusia. Katanya, jika melihat imej Hati Kudus Yesus ia mempunyai banyak lambang, misalnya lambang  Salib sebagai kemenangan Yesus, api yang melingkari hati sebagai cinta kasih Yesus yang tidak pernah padam terhadap kita biar pun kita berulang kali melukai hati-Nya dengan dosa dan kesilapan kita.

Fr Paul juga mengucapkan terima kasih kepada belia dan umat yang mengikuti doa rosari itu. “Anda mengikuti doa ini kerana anda mahu kami, para paderi memiliki hati sep erti Yesus, yang lemah lembut, berbelas kasihan dan rela berkorban demi domba-dombaNya. Selepas homili, Fr Paul membacakan berkat apostolik daripada Sri Paus Fransiskus yang mengikuti acara tersebut

Total Comments:0

Name
Email
Comments