Kawalan keselamatan ketat adalah “normal” kunjungan Paus Fransiskus ke Mesir

Meskipun menghadapi ancaman teroris, Sri Paus Fransiskus mengunjungi Mesir sebagai simbol kedekatannya dengan orang-orang di situ, ujar Greg Burke, jurucakap Vatikan.

Apr 28, 2017

VATIKAN: Meskipun menghadapi ancaman teroris, Sri Paus Fransiskus mengunjungi Mesir sebagai simbol kedekatannya dengan orang-orang di situ, ujar Greg Burke, jurucakap Vatikan.

Tahap keselamatan yang ketat adalah sesuatu yang biasa bagi seorang pemimpin mengunjungi negara luar. Meskipun terdapat serangan bom semasa hari Minggu Palma di Mesir baru-baru ini, ia tidak membantutkan rancangan Sri Paus mengunjungi Mesir.

Semasa sidang akhbar singkat di Vatikan, seorang wartawan bertanya jika terdapat sebarang kebimbangan atau persoalan tentang keselamatan Sri Paus sepanjang berada di Kaherah pada 28-29 April.

Greg menerangkan bahawa beliau tidak akan menggunakan kata “bimbang” atau “risau” dan menjelaskan bahawa “kita hidup di dunia di mana sesuatu atau sebahagian daripadanya sudah menjadi episod dalam kehidupan ini.

“Oleh itu, kita harus menjalani kehidupan dengan tenang dan berserah kepada-Nya.”

Sri Paus juga telah meminta kenderaan yang biasa, bukan kenderaan berperisai untuk digunakannya mengunjungi pelbagai tempat. Namun, menurut Greg, ia adalah kenderaan jenis tertutup.--CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments