KBK anjur Pertandingan Kugiran Muzik

Pertandingan ini hanya terbuka bagi belia Katolik yang melayani dalam pelayanan muzik dan koir di gereja KUK / ZON di bawah naungan KSFX sahaja.

Nov 17, 2016

KENINGAU: Buat julung kalinya Kerasulan Belia Katolik (KBK) bersama Majlis Pastoral Paroki Katedral St Francis Xavier (KSFX) menganjurkan Pertandingan Kugiran Muzik dan Lagu Rohani peringkat Paroki KSFX pada malam 22 Oktober 2016 bertempat di Dataran Keuskupan Keningau.

Pertandingan ini hanya terbuka bagi belia Katolik yang melayani dalam pelayanan muzik dan koir di gereja KUK / ZON di bawah naungan KSFX sahaja.

Tema pertandingan kugiran muzik dan lagu rohani adalah "Berbelas Kasih seperti Bapa" sempena tahun Jubli Agung Belas Kasihan.

Objektif pertandingan adalah untuk menggalakkan penghayatan dan kreativi belia dalam pelayanan muzik dan lagu rohani.

Sebanyak 10 buah kumpulan band menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada lima hingga tujuh orang ahli termasuk vokalis dan pemain muzik.

Setiap kumpulan membawakan dua buah lagu dimana lagu pertama adalah lagu yang disediakan oleh pihak penganjur yang diambil dari buku Pozoo do Kinoingan dan kemudian diberikan kepada peserta melalui cabutan undi.

Lagu kedua pula merupakan ciptaan dan gubahan oleh kumpulan masing-masing dengan tema “Berbelas Kasih seperti Bapa".

Johan pertandingan kugiran dan lagu rohani disandang oleh kumpulan Pewarta Injil dari KUK Bomboi dengan lagu “Kanou Munsikou” dan “Yesus Sang Pintu Kerahiman Tuhan.”

Tempat kedua pula disandang oleh kumpulan The Poweer Of Mercy dari KUK St. Bernadette, Binaong yang membawa lagu “Bahasa Cinta” dan “Seperti Bapa Berbelas Kasih”.

Tempat Ketiga dimenangi oleh kumpulan One Trinitas dari KSFX dengan lagu “Mengasihi Maria” dan “Tuhan Bapa Pengasih”.

Tujuh lagi kumpulan menerima hadiah saguhati.

Total Comments:0

Name
Email
Comments