Kegagalan kita dalam beramal

Saint Eugene de Mazenod, pengasas Missionary Oblates of Mary Immaculate, Kongregasi Keagamaan yang saya anggotai, meninggalkan kami dengan katakata terakhir ini semasa beliau di ambang maut: "Di antara kamu, beramal, beramal, beramal".

Jun 26, 2020

Saint Eugene de Mazenod, pengasas Missionary Oblates of Mary Immaculate, Kongregasi Keagamaan yang saya anggotai, meninggalkan kami dengan katakata terakhir ini semasa beliau di ambang maut: "Di antara kamu, beramal, beramal, beramal". Saya tidak selalu menjalani hidup beramal, walaupun saya selalu berharap untuk melakukannya, terutama hari ini.

Kita berada dalam masa yang getir. Kita mudah menjadi orang yang penuh kemarahan dan dendam. Di mana sahaja terdapat kemarahan, dikecam oleh orang lain, dan mengalami perselisihan pahit; sehinggakan pada hari ini kita tidak dapat lagi mengadakan perbincangan yang wajar mengenai isu politik, moral, atau doktrin yang sensitif.

Kita saling menyakiti dan menipu sehingga segala percubaan untuk mencari persefahaman dengan sesama (apatah lagi untuk mencapai persetujuan atau kompromi) kebanyakannya hanya memperdalam permusuhan. Jika anda tidak percaya, cukup dengan menonton siaran berita pada setiap petang, baca surat khabar apa pun, atau ikuti perbincangan mengenai kebanyakan persoalan moral dan agama.

Perkara pertama yang terbukti yang anda baca ialah kebencian menyeluruh di dalam tenaga kita dan bagaimana kita cenderung membenarkannya atas dasar moral dan agama. Ini adalah protes kita: kita memperjuangkan kebenaran, kesopanan, keadilan, Tuhan, keluarga, gereja, dogma yang benar, prak tik yang benar, untuk Kristus sendiri, jadi bagi kita, kemarahan dan kebencian kita itu adalah wajar.

Kemarahan memang wajar tetapi bukan kebencian. Kebencian adalah tanda yang jelas  bahawa kita bertindak dengan cara yang bertentangan dengan kebenaran, kesopanan, keadilan, Tuhan, keluarga, gereja, dogma yang benar, praktik yang benar, dan Kristus. Tenaga semacam ini bukan bersumber daripada roh Tuhan sebaliknya dari tempat lain.

Melihat Yesus kita melihat bahawa semua tenaganya mengarah kepada kesatuan. Yesus tidak pernah menyampaikan kebencian, contoh yang jelas adalah seperti khutbahNya di Bukit, seperti yang digambarkan dalam doa imamnya yang besar untuk kesatuan dalam Injil Yohanes, dan semasa Dia selalu memberi peringatan kepada kita untuk bersabar antara satu sama lain, untuk tidak saling menilai lain dan saling memaafkan.

Tetapi mungkin ada orang yang membantah kerana ada beberapa peristiwa di dalam Injil, Dia bertindak ‘keras’: bukankah Yesus juga (kelihatan) memberi penilaian negatif? Bagaimana pula ketika Yesus bercakap kasar terhadap orang lain? Bagaimana pula semasa Dia hilang sabar dan menggunakan cambuk untuk mengusir pengurup wang keluar dari kuil? Dan bagaimana pula dengan kata-kata Yesus: Saya datang untuk membawa api ke bumi ini?

Kenyataan-kenyataan Yesus ini selalu disalahtafsirkan dan digunakan secara salah untuk merasionalisa si tindakan kita untuk menghakimi atau marah terhadap sesuatu. Ketika Yesus mengatakan bahawa Dia datang untuk membawa api ke bumi ini, api yang Dia maksudkan bukanlah api perpecahan sebaliknya api cinta. Yesus membuat kaul cinta, bukan memisahkan atau mengasingkan.

Mesej-Nya memang ada nada seperti membenci tetapi Dia tidak menonjolkan diri-Nya sebagai pejuang budaya atau gerejawi. Dia berkhutbah dan diinkarnasi hanya untuk cinta, dan itu kadang-kadang mencetuskan antitesisnya. (Ia masih berlaku.)Dia ada kalanya tindakanNya mencetuskan kebencian pada orang ramai, tetapi Dia tidak pernah membenci orang yang membenciNya. .

Sebaliknya, Dia menangis dengan penuh rasa empati, memahami bahawa kadang-kadang pesan cinta dan inklusiviti memicu kebencian di dalam diri orang di sekelilingnya yang mempunyai pelbagai alasan  apa pun pada masa itu, bahawa mereka tidak sepenuhnya dapat mengerti tindakan dan kata-kata cinta Yesus.  Juga, insiden Dia mengusir pengurup wang keluar dari rumah ibadat, yang selama-lamanya dijadikan alasan orang pada hari ini dan masa lalu, untuk membenarkan kemarahan dan menghakimi orang lain. Peristiwa Yesus mengusir pengurup wang sebenarnya mempunyai penekanan dan makna yang sangat berbeza.

Tindakannya ketika Dia membersihkan rumah ibadat daripada orangorang yang (secara sah) menukar mata wang Yahudi dengan wang asing agar orang asing dapat membeli apa yang mereka perlukan untuk mempersembahkan korban, sebenarnya mempunyai hubung kait bahawa Dia membersihkan halangan dalam mengakses Tuhan, ini yang harus ditumpukan bukan kemarahan-Nya pada beberapa orang tertentu.

Kita sering mengabaikan Injil. Faksionalisme, kesukuan, rasisme, kepentingan ekonomi, perbezaan sejarah, keistimewaan sejarah, dan ketakutan yang berterusan menyebabkan polarisasi pahit dan mencetuskan kebencian yang menghancurkan struktur masyarakat; dan kebencian itu terus menerus membenarkan menggunakan alasan beberapa landasan moral atau agama yang tinggi. Tetapi Injil tidak pernah membenarkannya semua ini. Ia tidak pernah membiarkan kita membelakangkan amal dan mengizinkan kita untuk melakukan suatu yang pahit dengan membelakangkan dasar  moral dan agama. Injil memanggil kita untuk mencintai, berempati dan mengampuni yang menjangkau setiap jurang sehingga menginginkan kebaikan dan berbuat baik tepat kepada mereka yang membenci kita. Dan ia secara terang-terangan melarang menggunakan agama bagi membenci atau menggunakan nama Tuhan, kebenaran, keadilan, atau dogma yang tepat untuk menghakimi atau membenci.

Mendiang Michael J. Buckley, yang melihat polarisasi pahit di gereja-gereja kita, menunjukkan bahawa tidak ada yang membenarkan kepahitan kita sekarang: “Kenyataan yang menyedihkan, bagaimanapun, sering kali tidak ada muslihat hebat untuk membuat lelaki dan wanita agama saling berpaling dalam bentuk kecaman yang mengerikan. Perang, bahkan perang peribadi, adalah kenyataan yang mengerikan, dan yang paling dahsyatnya adalah agama yang benarbenar adil.

“Untuk tertipu atau berpecah di bawah rubrik kebaikan, di bawah rubrik ortodoksi atau kebebasan, komuniti atau kebebasan peribadi, bahkan kesucian itu sendiri, puak lelaki dan wanita perlahan-lahan dapat hancur menjadi kekasaran atau sinis atau permusuhan atau kepahitan. Dengan cara ini gereja Kristian menjadi berpecah belah.”

Kita perlu berhati-hati dalam perang budaya dan agama kita. Tidak pernah ada alasan untuk mengurangi asas kemurahan hati kita. --Hakcipta Terpelihara 1999-2020 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments