Keganasan atas nama agama hanya mencemarkan kesucian agama

Keganasan yang sengaja dilakukan dan dibuat dengan lebih kerap serta dilakukan atas nama agama hanya mencemar kesucian agama itu sendiri.

Feb 09, 2018

ROMA, Itali: Keganasan yang sengaja dilakukan dan dibuat dengan lebih kerap serta dilakukan atas nama agama hanya mencemar kesucian agama itu sendiri.

Keganasan seperti itu harus dicela oleh semua orang, terutama oleh orang-orang yang benar-benar beragama, yang tahu bahawa Tuhan selalu merupakan kebaikan, cinta dan kasih sayang, dan bahawa di dalam Dia tidak ada tempat untuk kebencian, dendam atau pembalasan.

Paus Fransiskus berkata demikian di Dewan Clementine, Istana Kepausan Vatikan, pada 2 Februari 2018, semasa menerima audiensi dari para peserta Konferensi "Mengatasi keganasan yang dilakukan atas nama agama."

Orang yang beragama, lanjut Sri Paus seperti yang dipetik dari akhbar Vatikan, tahu bahawa “salah satu penghujatan terbesar adalah meminta Tuhan sebagai pembenaran atas dosa dan kejahatan seseorang, dan meminta Dia untuk membenarkan pembunuhan, pembunuhan besar-besaran, perhambaan, eksploitasi dalam bentuk apa pun, penindasan dan penganiayaan terhadap individu dan seluruh penduduk.”

Dalam audiensi itu Paus mengulangi apa yang dikatakannya kepada peserta Konferensi Perdamaian Internasional di Pusat Konferensi Al-Azhar, Kairo, 28 April 2017 bahawa “Tuhan, pencinta kehidupan, tidak pernah berhenti mencintai manusia, dan kerananya Dia mendorong kita untuk menolak cara kekerasan.”

Yang terpenting dan terutama pada zaman kita," lanjut Paus mengulangi ucapannya semasa berada di Kaherah, “agama-agama diminta untuk menghormati perintah itu. Kita wajib mencela pelanggaran terhadap martabat manusia dan hak asasi manusia, mendedahkan atau menghalang upaya-upaya yang membenarkan setiap bentuk kebencian atas nama agama, dan mencela upaya-upaya ini sebagai karikaturkarikatur berhala.”

Menurut Sri Paus, orang yang beragama tahu bahawa Tuhan itu Yang Kudus, “dan tidak ada yang dapat menggunakan nama-Nya untuk melakukan kejahatan. Setiap pemimpin agama dipanggil untuk membuka tabir setiap usaha memanipulasi Tuhan untuk tujuan yang tidak ada hubungannya dengan Dia atau kemuliaan- Nya.”

Maka, lanjut Sri Paus, yang perlu selalu diperlihatkan adalah bahawa “setiap kehidupan manusia adalah hal yang sakral, sehingga patut menerima penghormatan, penghargaan, belas kasih dan solidariti, tanpa memandang suku, agama, budaya, atau keyakinan ideologi dan politik.”--berdasarkan VIS

Total Comments:0

Name
Email
Comments