Kekitaan FM, radio online pertama Keuskupan Keningau bakal dilancarkan

Komisi Komunikasi Sosial Media (Komsos) Keuskupan Keningau bakal mewujudkan radio Online pertama di keuskupan ini berkonsep Audio dan Visual.

Jul 31, 2020

KENINGAU: Komisi Komunikasi Sosial Media (Komsos) Keuskupan Keningau bakal mewujudkan radio Online pertama di keuskupan ini berkonsep Audio dan Visual.

Menurut Pengerusi Komisi Komsos  Keuskupan Keningau, Didiroy Joneh, beliau mendapat idea ini apabila melihat keterbatasan komunikasi dan penyampaian maklumat serta sumber berita yang benar sepanjang musim PKP yang lalu.

Disebabkan penularan Covid-19, kerajaan telah mengumumkan PKP pada 18 Mac lalu. Kesannya, Internet telah menjadi saluran penginjilan, menyiarkan Misa Kudus secara langsung melalui platform media sosial, menyampaikan maklumat, menganjurkan pelbagai kegiatan rohani dalam talian misalnya aktiviti Hari Minggu Alkitab, Bual Bicara, Minggu Laudato Si dan sebagainya.

Memikirkan bahawa pada masa kini, perlu sistem penyampaian maklumat yang lebih modern dan kreatif, saya mengambil keputusan membawa idea ini kepada Uskup Datuk Cornelius Piong untuk direalisasikan. Syukur kepada Tuhan, Uskup telah memberi "lampu hijau" dan memberi kerjasama penuh dalam memastikan radio online ini terlaksana, ujar Didi.

Tambahnya, "Uskup Cornelius telah me namakan radio online ini sebagai "Kekitaanfm". Nama ini cukup evergreen dan sangat dekat dengan umat di Keuskupan sejak dahulu lagi. Idea nama ini diambil melalui slogan lambang Keuskupan Keningau sendiri iaitu "Kebahagiaan Adalah Kekitaan."

Antara objektif radio online ini adalah menjadi salah satu medium utama penyampaian maklumat khususnya di Keuskupan Keningau kerana ia boleh diakses di manamana.  Radio ini akan dilancarkan pada awal bulan Oktober nanti dan akan bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang iaitu pada hari Isnin hingga Sabtu. 

Selain mendengar lagu-lagu rohani, pengisian utama radio ini kelak adalah mendengar firman Tuhan dan renungan setiap pagi. Mendengar berita khususnya keuskupan Keningau dan luar Keningau melalui medium berita yang dipercayai  dan menyalurkan maklumat dan aktiviti gereja secara langsung setiap hari.

Konsep jadual radio online ini sama seperti radio-radio komersial namun fokus utamanya kerohanian dan evangelisasi sahaja. Seramai 10 orang penyampai radio sudah bersetuju untuk bekerjasama dalam misi ini.

Setiap penyampai radio akan bertugas  mengikut jadual penggiliran dan mempunyai segmen masing-masing seperti bual bicara bersama panel jemputan, segmen  motivasi pagi, segmen bersama belia dan komiti dan banyak lagi. Uniknya radio ini tidak hanya terhad kepada satu bahasa sahaja, radio ini akan menggunakan slanga  Sabah  dan  penyampai radio akan menggunakan bahasa Dusun dan Murut.

Jelas Didi, "Untuk mengukuhkan penginjilan dan maklumat yang benar kami akan bekerjasama dengan Team Pastoral Keuskupan Keningau, para paderi serta MPP Katedral St. Francis Xavier serta akan bekerjasama dengan Keningaufm (radio tempatan) untuk membantu dalam aspek etika dan cara penyampai radio yang lebih profesional. Rey Kimara, juara bintang RTM pada tahun 2007 dan penyampai radio Vokfm Sabah, turut membantu dalam  aspek penggunaan sistem dan peralatan serta memberi motivasi dan cara penyampaian yang lebih berkesan.

Platform radio online ini kelak adalah melalui Facebook Kekitaanfm dan Aplikasi Android Apps yang sedang dalam pembikinan masa ini. Pastinya dengan terwujudnya radio online ini akan memberi wajah baru sistem penyampaian maklumat dan sarana penginjilan yang lebih berkesan dan mantap.

Total Comments:4

Name
Email
Comments
Alfons stephen[email protected]
CONGRALUTION..BAPA USKOP DATUK CORNELIUS PIONG DAN DJ SERTA, MPP KATEDRAL ST.FRANCIS XAVIER ???????????????????????????????????????? Redio online,Akhirny Cukup stahuan 31 julai 2020 -31 julai 2021 Puji tuhan Amen..?????
Dominic Gasan[email protected]
Syukur Puji Tuhan atas cetusan idea ini. Tidak sabar menunggu rasanya hari pelaksanaannya. Semoga masa-masa terluang sentiasa diisi dengan berita-berita kerohanian yang sentiasa update. Amin
Rosalind lazaga[email protected]
Good idea dan tidak sabar sudah mau dengar ????
Syukur kepada Allah.