Keluarga tempat semaian kasih, bantu dunia lebih sejahtera

Pada akhir perhimpunan Pertemuan para Keluarga Sedunia kali ke-lapan di Philadelphia pada September 2015, Sri Paus Fransiskus telah mengumumkan bahawa

Aug 16, 2018

VATIKAN: Pada akhir perhimpunan Pertemuan para Keluarga Sedunia kali ke-lapan di Philadelphia pada September 2015, Sri Paus Fransiskus telah mengumumkan bahawa pertemuan para keluarga sedunia akan diadakan di Dublin. Baru-baru ini, Sri Paus telah menulis kepada Prefek Dikasteri untuk Kaum Awam dan Kehidupan Keluarga, Kardinal Kevin Farrell bahawa beliau telah memulakan persiapan dan mengesahkan kehadirannya ke program itu pada 21-26 Ogos.

Pertemuan Keluarga yang bertema, “Injil Keluarga: Sukacita kepada dunia” merupakan harapan Sri Paus Fransiskus untuk keluarga agar mengambil bahagian untuk merenung dan berkongsi akan isi kandungan pasca-sinode Ekshortasi Apostolik Sukacita Kasih. Dalam surat itu, Fransiskus berkata," Jika ada orang bertanya adakah Injil terus dapat menjadi sukacita dunia dan adakah keluarga dapat terus menjadi khabar gembira untuk dunia hari ini, saya pasti akan menjawab "ya".

Prelatus itu menjawab "ya" berdasarkan rencana Tuhan, yang mengatakan "ya" kepada seluruh ciptaan-Nya dan mencipta manusia kerana menyayangi-Nya. Tuhan juga berkata “ya” di atas kesatuan lelaki dan wanita dan kerelaan Tuhan untuk merawat serta memulihkan manusia yang selalu terluka, terjatuh dalam dosa, ditindas, dipergunakan akibat kekurangan cinta kasih.

Hanya bermula dengan kasih, keluarga dapat menyatakan, menyebarkan dan menjana kasih Tuhan di dunia. Tanpa kasih, kita tidak akan dapat hidup sebagai anak-anak Tuhan, tanpa kasih kita tidak hidup sebagai pasangan, ibu bapa dan adik-beradik.

Sri Paus Fransiskus menekankan betapa penting bagi keluarga untuk bertanya, jika mereka hidup berdasarkan kasih, demi cinta dan dalam cinta kasih. Secara praktiknya, menurut Sangti Papa, kita memberikan diri kita, merendahkan diri, tidak mementingkan diri, panjang sabar, menghormati.

Hidup keluarga akan bertambah baik jika mengamalkan katakata ini, “Tolong” (Please), “Terima Kasih” dan “Maafkan Saya.” Setiap hari kita mengalami kerapuhan dan kelemahan oleh itu, kita sebagai keluarga dan pastor, sangat perlu memperbaharui kemanusiaan kita, untuk dibantu dan membantu, menilai dan bersatu padu dengan seluruh manusia yang berkehendakkan kebaikan.

“Saya impikan Gereja yang tidak ada sempadan, sebuah Gereja yang menyediakan ruang bagi sesiapa sahaja yang terluka, sebuah Gereja yang berbelas kasihan kerana dengan belas kasihan itu, ia menjadikan kita baharu dan kasih, dan kita tahu betapa keluarga Kristian adalah tempat untuk berbelas kasihan, keluarga sebagai saksi belas kasihan biarpun Tahun Luar Biasa Belas Kasihan. Pertemuan Keluarga di Dublin akan menawarkan tanda konkrit ini!"

Sri Paus mengakhiri surat yang ditandatangan pada 25 Mac, dengan berdoa kepada Keluarga Kudus di Nasaret agar membimbing, menemani dan memberkati semua yang terlibat dalam pembinaan perhimpunan keluarga dan semua keluarga yang menghadiri pertemuan sedunia tersebut. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments