Kem Pembinaan Kepimpinan Pelajar Kristian di Kuching

Para pelajar Kristian (KYCS) telah menganjurkan Kem Pembinaan Kepimpinan yang bertema “Mengenal Seorang Pemimpin” telah diadakan pada 31 Ogos - 2 Sept

Oct 05, 2018

KUCHING: Para pelajar Kristian (KYCS) telah menganjurkan Kem Pembinaan Kepimpinan yang bertema “Mengenal Seorang Pemimpin” telah diadakan pada 31 Ogos - 2 Sept lalu.

Tema kem tersebut diinspirasikan oleh petikan Injil Lukas 24:13-35 (Perjalanan ke Emaus). Seramai 55 orang peserta menyertai kem yang diadakan di Kampung Pueh, Semata tersebut.

Sebanyak lima sesi mengisi kem selama tiga hari itu. Ia meliputi aspek-aspek kepimpinan, kerohanian seorang pemimpin, belajar pelbagai lagu dan aksi serta memperdalam pengetahuan melalui kaedah "See, Judge and Act".

Para peserta juga memperbaharui komitmen dan perhubungan dengan Yesus melalui Misa dan bersama yang diadakan setiap kali kem bermula dan berakhir. Mereka juga disedarkan akan panggilan mereka untuk menjaga alam dalam Misa sempena Hari Doa untuk Penjagaan Alam. Misa dalam Bahasa Malaysia turut dirayakan bersama dengan penduduk kampung.

Oleh sebab kem itu diadakan di Kg Pueh, maka para pelajar berasal dari bandar dapat merasai kehidupan kampung di mana mereka belajar untuk menghargai perkara-perkara kecil dan sederhana dalam kehidupan serta berhati-hati dalam penggunaan sumber alam.

Total Comments:0

Name
Email
Comments