Kempen bermigrasi dengan selamat di Katedral St Mary

Penghijrahan dari luar bandar ke bandar atau dari dalam negeri ke luar negeri mahupun dari dalam negara ke luar negara adalah lumrah.

Sep 09, 2017

SANDAKAN: Penghijrahan dari luar bandar ke bandar atau dari dalam negeri ke luar negeri mahupun dari dalam negara ke luar negara adalah lumrah. Namun, adakah kita sebagai belia menyedari bahawa pentingnya bermigrasi secara sah dan melalui proses yang betul? Pertanyaan ini diutarakan oleh seorang ahli NGO International Organization of Migration.

Pada 20 Ogos lalu, Komisi Pembangunan Insan dan Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan menganjurkan kempen kesedaran tentang penghijaran yang selamat di Katedral St. Mary, Sandakan.

Lebih kurang 30 orang belia termasuk ibu bapa telah menghadiri kempen yang turut dihadiri oleh Fr Stanley William dan Sr. Lilian Unsoh FSIC .

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para belia akan kepentingan berhijrah atau bermigrasi secara selamat.

Sdri Hezrina Ibrahim dari International Organization of Migration yang menyampaikan sesi “Safe Migration” menegaskan kepentingan mempunyai dokumen perjalanan yang sah apabila mencari pekerjaan terutama di luar negara.

Selain itu Sdri Hezrina juga mengingat kepada hadirin agar mengurus pembikinan dokumen perjalanan dan pas pekerja yang sah di agensi pekerjaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menggelakkan diri daripada berurusan melalui Internet atau orang tengah.

Katanya lagi, amat penting bagi setiap orang yang berencana untuk bekerja di luar negara untuk mengetahui hak-hak mereka sebagai pekerja yang memegang dokumen yang sah.

Hezrina menjelaskan bahawa jika pengurusan dokumen dilakukan secara jalan pintas dan melalui orang tengah, ia pasti akan mengalami kesusahan seperti, dokumen perjalanan diambil oleh majikan, pembayaran upah sedikit sedangkan masa bekerja panjang.

Selain itu mereka juga berisiko akan terjebak dalam perdagangan manusia, dieksploitasi dan akhirnya mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan kematian. Oleh itu Hezrina menyeru kepada sesiapa sahaja yang berkeinginan bekerja di luar negara agar memastikan dokumen mereka diuruskan diagensi yang diiktiraf Kerajaan dan mempunyai lesen yang sah.

Sesi diteruskan dengan tayangan video singkat mengenai “safe migration”. Video singkat ini menunjukkan dengan lebih jelas tentang proses bermigrasi secara selamat.

Kempen kesedaran ini diakhiri dengan bergambar kenangan dan makan tengah hari. Diharapkan agar semua belia yang hadir, menyedari akan kepentingan migrasi dengan selamat ini dan berusaha untuk mengongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan yang terdekat

Total Comments:0

Name
Email
Comments