Kenali Santo Anda Onesimus

Onesimus hidup pada abad pertama. Dia adalah seorang hamba yang merompak majikannya lalu melarikan diri ke Roma.

Feb 16, 2020

Onesimus
~ 16 Februari ~

Onesimus hidup pada abad pertama. Dia adalah seorang hamba yang merompak majikannya lalu melarikan diri ke Roma.

Di Roma dia bertemu dengan St. Paulus yang dipenjarakan kerana imannya. Paulus menerima Onesimus dengan kelembutan serta kasih sayang seorang ayah.

Paulus membantu menyedarkan pemuda tersebut bahawa dia telah berbuat salah dengan mencuri. Lebih dari itu, dia telah membimbing Onesimus untuk percaya dan menerima iman Kristiani.

Setelah Onesimus menjadi seorang Kristian, Paulus mengirimkannya kembali kepada tuannya, Filemon, yang juga adalah sahabat Paulus. Tetapi, Paulus tidak mengirim hamba itu kembali seorang diri dan tidak berdaya.

Rasul itu “mempersenjatai” Onesimus dengan sepucuk surat yang singkat tapi tegas. Paulus berharap agar suratnya dapat menyelesaikan semua masalah Onesimus, sahabat barunya.

Kepada Filemon, Paulus menulis: “Aku mengajukan permintaan kepadamu mengenai anakku yang ku dapat selagi aku dalam penjara, yakni Onesimus. Dia ku suruh kembali kepada mu. Dia, iaitu buah hatiku.”

Surat yang menyentuh tersebut dapat ditemukan dalam Kitab Suci Perjanjian Baru. Filemon menerima surat dan nasihat Paulus. Ketika Onesimus kembali kepada tuannya, dia dibebaskan. Kemudian, Onesimus kembali kepada St. Paulus dan menjadi penolongnya yang setia.

St. Paulus mengangkat Onesimus menjadi imam dan kemudian uskup. Orang kudus yang dulunya hamba ini membaktikan seluruh sisa hidupnya untuk mewartakan Khabar Gembira yang telah mengubah hidupnya selamanya.

Menurut tradisi, pada masa penganiayaan, Onesimus diikat lalu dibawa ke Roma untuk direjam sehingga mati.

Bahagian manakah dalam hidupku yang memerlukan kesembuhan dengan pengampunan dan penerimaan?

Total Comments:0

Name
Email
Comments