Kenali Santo Anda S. Marselinus & S. Petrus

Kedua-dua orang kudus ini namanya dicantumkan dalam Doa Syukur Agung Pertama Misa Kudus. Mereka secara luas dihormati dan dimohon bantuan doanya oleh umat Kristiani perdana. Pesta kedua-dua martir ini tertera dalam kalender para kudus Roma oleh Paus Vigilius pada tahun 555.

May 29, 2014

Kenali Santo Anda
S. Marselinus & S. Petrus
~ Jun 2~

Kedua-dua orang kudus ini namanya dicantumkan dalam Doa Syukur Agung Pertama Misa Kudus. Mereka secara luas dihormati dan dimohon bantuan doanya oleh umat Kristiani perdana. Pesta kedua-dua martir ini tertera dalam kalender para kudus Roma oleh Paus Vigilius pada tahun 555.

Marselinus adalah seorang Paderi dan Petrus melayani Marselinus dalam pelayanan kepaderian.

Kedua-duanya amat gagah berani dalam mempraktikkan iman Kristian mereka.

Mereka melayani komuniti Kristiani dengan pengorbanan diri yang besar. Pada masa penganiayaan oleh Diocletian, ramai umat Kristian dibunuh.

Termasuk di antaranya adalah kedua orang ini; mereka dipenggal kepalanya. Tetapi, ada kisah menyatakan bahawa sebelum dibunuh mereka dipaksa untuk menggali liang kubur mereka sendiri.

Mereka dibawa ke suatu lokasi rahsia untuk melaksanakan tugas berat tersebut. Lokasi itu adalah sebuah hutan yang disebut Silva Nigra.

Beberapa waktu kemudian, kubur mereka ditemukan di tempat terpencil tersebut. Si pembunuh yang membunuh mereka pada akhirnya bertaubat dan menjadi seorang Kristian.

Orang itulah yang menghantar orang Kristian mengambil sisa-sisa jenazah kedua orang kudus itu, yang kemudian dimakamkan kembali dalam katakomba St Tiberius.

Paus Gregorius IV mengirimkan sebahagian dari relik mereka ke Frankfurt, Jerman pada tahun 827. Sri Paus yakin bahawa relik kedua orang martir ini akan mendatangkan berkat bagi Gereja di Frankfurt.

Total Comments:0

Name
Email
Comments