Kenali Santo Anda Santo St. Yosef dari Cupertino ~ 18 Sept ~

St. Yosef dari Cupertino ~ 18 Sept ~

Sep 14, 2018

St. Yosef dari Cupertino
~ 18 Sept ~
Yosef dilahirkan pada 17 Juni 1603 di sebuah desa kecil di Itali. Beliau berasal dari keluarga miskin. Semasa kanak-kanak hinggalah remaja, hidupnya tidak bahagia. Ibunya menganggap Yosef menyusahkannya saja serta melayannya dengan buruk.

Yosef membesar menjadi seorang remaja yang amat lambat serta pelupa. Dia sering merayau-rayau tanpa arah tujuan dan pemarah sehingga tidak disenangi ramai orang.

Yosef mahu menyertai biarawan Fransiskan, tetapi tidak diterima.

Kemudian, Yosef bergabung dengan Ordo Kapusin, tetapi selepas lapan bulan, beliau diminta untuk meninggalkan tempat itu.

Pada ketika itu, Yosef berusia 18 tahun dan ibunya tidak dapat menerima kepulangannya.

Ibunya berjaya mencari pekerjaan untuknya sebagai pembantu rumah di biara Fransiskan. Yosef diberi jubah Fransiskan untuk dikenakan dan diserahkan tugas untuk menjaga kuda.

Pada waktu itu Yosef mulai berubah. Dia menjadi lemah lembut, rendah hati, dan b e r s u n g g u h - s u n g g u h melakukan pekerjaannya. Dia juga mulai melakukan silih. Pemimpin biara memutuskan bahawa Yosef dapat diterima menjadi anggota Ordo Fransiskan dan beliau juga mendapat persetujuan untuk menyertai pembentukan menjadi paderi.

Yosef mempunyai masalah dalam pelajaran namun dia tekun dan percaya akan pertolongan Tuhan. Akhirnya dia berjaya ditahbis sebagai paderi.

Sejak menjadi paderi, Tuhan sering mengadakan mukjizat-mukjizat melalui Fr Yosef. Lebih dari 70 kali orang melihatnya terangkat dari tanah ketika dia sedang merayakan Misa atau berdoa.

Dia akan tergantung di langit- langit biara bagaikan bintang di atas puncak pohon Natal, ketika sedang khusyuk berdoa. Dia menjadi seorang yang amat kudus kerana semua perkara dan benda yang dilihatnya membuat Yosef berfikir tentang Tuhan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments