Kenali Santo Anda: St Hilary dari Poitiers

Pada awal abad Kristian, ramai orang yang belum percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa ada banyak tuhan yang hebat.

Jan 12, 2019

St Hilary dari Poitiers
~ 13 Januari ~

Pada awal abad Kristian, ramai orang yang belum percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa ada banyak tuhan yang hebat.

Pada tahun 315, Hilary dilahirkan dalam sebuah kelu- arga yang demikian di Poitiers, Perancis. Keluarganya kaya- raya maka Hilary mendapat pendidikan yang baik. Melalui pembelajaran, Hilary tahu bahawa seorang manusia harus berlatih kesabaran, lemah lem- but, adil dan sebanyak mungkin melakukan keba- jikan-kebajikan lain.

Melalui pembelajaran, Hilary juga yakin bahawa hanya ada satu Tuhan yang Kekal dan Maha Pengasih. Hilary mula membaca Kitab Suci dan ketika membaca bahagian Musa dan semak yang terbakar, beliau sungguh terkesan bagaimana Tuhan menyebut Diri-Nya Sendiri: AKU ADALAH AKU. Ketika Hilary habis membaca seluruh Kitab Suci, beliau mohon untuk dibaptis serta menga- malkan imannya dengan taat dan saleh sehingga terpilih menjadi Uskup.

Namun, kaisar suka men- campuri urusan-urusan Gereja. Ketika Hilary menentang kaisar, dia dibuang negara tetapi dari tempat pembuan- gannya, Hilary tekun menga- malkan prinsipnya terutama mengekalkan kesabaran dan keberaniannya semakin gemi- lang.

Dia juga menulis buku-buku tentang iman dan semakin masyhur. Para musuh mende- sak kaisar untuk memu- langkannya kembali ke kota asalnya maka Hilary dipu- langkan ke Poitiers pada tahun 360. Di situ dia tetap menulis dan mengajar iman kepada ramai orang.

Hilary wafat pada usia 52 tahun. Buku-bukunya mem- berikan pengaruh besar kepada Gereja hingga sekarang ini. Itu sebabnya dia diberi gelaran Pujangga Gereja.

Total Comments:0

Name
Email
Comments