Kenali Santo Anda Sta Lusia ~ 13 Disember ~

Kenali Santo Anda Sta Lusia ~ 13 Disember ~

Dec 07, 2018

Kenali Santo Anda Sta
Lusia ~ 13 Disember ~

Santa yang dikagumi ini hidup di Syracuse, Sisily, Itali.

Beliau dilahirkan pada akhir abad ketiga. Orangtuanya adalah bangsawan yang kaya raya. Ayahnya meninggal ketika Lusia masih kecil.

Lusia secara diam-diam berjanji kepada Yesus bahawa dia tidak akan berkahwin untuk menjadi pengantin Kristus. Lusia seorang gadis yang jelita dengan sepasang mata yang indah. Ramai pemuda bangsawan jatuh hati kepadanya.

Ibu Lusia mendesaknya untuk berkahwin tetapi Lusia menolak. Lusia kemudian memikirkan suatu rencana untuk melunakkan hati ibunya.

Lusia tahu ibunya menderita sakit pendarahan oleh itu, Lusia memujuknya untuk berdoa di gereja St. Agatha. Tuhan mengabulkan serta menyembuhkan ibu Lusia.

Setelah si ibu sembuh, Lusia memikirkan bahawa ibunya akan mengizinkan beliau untuk menjadi pengantin Kristus dan sebagai ungkapan terima kasih kepada Tuhan di atas kesembuhan ibunya.

Si ibu mengizinkan Lusia memenuhi panggilan hidupnya tetapi pemuda yang mahu dikahwinkan dengan Lusia tidak dapat menerima keputusan itu malah sangat marah. Dalam puncak kemarahannya, pemuda itu melaporkan Lusia sebagai seorang pengikut Kristus dan mengancam untuk membutakan mata Lusia.

Lusia bahkan rela kehilangan kedua-dua matanya daripada tidak menjadi pengantin Kristus. Yesus membalas cinta Lusia yang gagah berani dengan mukjizat memulihkan mata Lusia kembali, bahkan jauh lebih indah dari sebelumnya.

Hakim yang kafir pula berusaha menghantar Lusia ke rumah wanita pendosa agar dia mengingkari Kristus namun ketika Lusia diheret, Tuhan menjadikan tubuh Lusia sangat berat sehingga mereka tidak dapat mengangkatnya. Pada akhirnya, Lusia ditikam dan menjadi martir bagi Yesus pada tahun 304.

Total Comments:0

Name
Email
Comments