Kenali Santo Anda; Sto John Marie Vianney ~ 4 Ogos ~

Tuhan memberi Yohanes karunia untuk membaca fikiran orang dan mengetahui masa hadapan seseorang. Kerana karunia itu, ramai orang telah bertobat orang luar mulai berdatangan ke Ars. Kadang-kadang, ratusan orang dalam satu hari. St. Yohanes Vianney menggunakan12 hingga 16 jam sehari mendengar pengakuan mereka.

Aug 02, 2019

Sto John Marie Vianney
~ 4 Ogos ~

John Vianney telah dilahirkan pada tahun 1786, di sebuah perkampungan kecil di negara Perancis. Bapanya seorang petani.

John tidak dapat pergi ke sekolah kerana keluarganya miskin. Ketika berumur 16 tahun, beliau memberitahu ibu bapanya tentang keinginannya untuk menjadi seorang imam. Pada mulanya bapanya menolak kehendaknya, tetapi dua tahun kemudian, si bapa mengizinkan anaknya memasuki seminari di bandar Lyons.

Semasa berada di seminari, John menghadapi masalah dalam pelajaran khususnya bahasa Latin. Ini disebabkan dia tidak berpeluang untuk bersekolah semasa dia masih muda. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh tetapi dia selalu gagal dalam peperiksaannya. Oleh sebab itu dia diminta supaya meninggalkan seminari. Walau bagaimanapun, seorang imam, Paderi Balley, dari kampung berdekatan, menasihatinya tidak putus asa, serta mengajar John. Lapan tahun kemudian, John ditahbiskan menjadi imam.

Setelah ditahbis, paderi tersebut menjadi imam paroki di Ars. Tetapi penduduk di situ tidak berminat untuk datang ke gereja. Father John Marie Vianney berusaha melawat, berdoa, berpuasa, mengajar katekimus, menderma dan meluangkan masa untuk mendengar pengakuan dosa. Akhirnya umat di situ mulai berubah kerana melihat kesungguhan Fr John Vianney. Mereka mulai mengubah cara hidup dan selalu datang ke gereja.

Tuhan memberi Yohanes karunia untuk membaca fikiran orang dan mengetahui masa hadapan seseorang. Kerana karunia itu, ramai orang telah bertobat orang luar mulai berdatangan ke Ars. Kadang-kadang, ratusan orang dalam satu hari. St. Yohanes Vianney menggunakan12 hingga 16 jam sehari mendengar pengakuan mereka.

John Marie Vianney wafat pada tahun 1859 pada usia 73 tahun. St. Yohanes Vianney dinyatakan kudus pada tahun 1925 oleh Paus Pius XI.

Total Comments:0

Name
Email
Comments