Kerana Dia hidup maka banggalah jadi anak-Nya

“Perayaan Paskah bukanlah setakat mengenang sejarah kebangkitan Yesus, tetapi harus dikaitkan juga dengan kehidupan peribadi masingmasing,” ujar Uskup dalam Perayaan Paskah yang diadakan di Pusat Keluarga Kudus Nulu Sosopon.

May 04, 2018

KENINGAU(Herald Malaysia): “Perayaan Paskah bukanlah setakat mengenang sejarah kebangkitan Yesus, tetapi harus dikaitkan juga dengan kehidupan peribadi masingmasing,” ujar Uskup dalam Perayaan Paskah yang diadakan di Pusat Keluarga Kudus Nulu Sosopon.

Setelah berpuasa selama 40 hari, diakhiri dengan perayaan besar Hari Minggu Paskah yang dipimpin oleh Bapa Uskup Cornelius Piong.

Kemuncak Minggu Suci diakhiri dengan perayaan Hari Minggu Paskah di mana umat juga berpeluang untuk memperbaharui Janji Baptis Suci.

“Selaku umat yang percaya dan yakin bahawa Yesus ada bersama kita, kita harus berbangga dan bersyukur atas perkara ini iaitu berbanggalah dengan identiti, siapa kita iaitu melalui pembaptisan kita sudah menjadi milik-Nya dan mahu mengikuti Dia.

.Kita juga haruslah bersaksi bagi Yesus, identiti menjadi siasia kalau kita tidak menjadi garam iaitu dengan menyebarkan berita dan bukti mengenai Yesus bahawa Dia benar-benar hidup.

Bawa orang lain, keluarga mahupun komuniti mengenal Tuhan.Yang terakhir, seperti Yesus yang wafat dan bangkit semula, destinasi bagi mereka yang percaya adalah di rumah Bapa di syurga,” demikianlah homili daripada Uskup.

Total Comments:0

Name
Email
Comments