Kerasulan belia temani pelajar asrama berjalan dalam iman

Tinggal di asrama mendatangkan banyak kebaikan tetapi rasa sunyi dan rindu terhadap keluarga pasti tidak dapat dielakkan.

Jul 12, 2019

SANDAKAN: Tinggal di asrama mendatangkan banyak kebaikan tetapi rasa sunyi dan rindu terhadap keluarga pasti tidak dapat dielakkan.

Atas inisiatif Komisi Kerasulan Belia Keuskupan, Kerasulan Belia Paroki St Mary dan kakitangan Asrama Lelaki St Mary, telah menganjurkan sebuah program “Journeying With You” yang menyatakan rasa prihatin serta seruan kepada para pelajar bahawa Gereja sentiasa prihatin dan menjangkau mereka.

Objektif pertemuan ini dianjurkan adalah i. Membina hubungan persahabatan dan kepercayaan dengan para pelajar ii. Mengetahui keperluan para pelajar dan menampilkan sebuah program yang sesuai bagi mereka (pelajar) pada bulan Januari 2020 iii. Agar pelajar dapat mengalami cinta kasih Kristus pada setiap kali pertemuan.

Pertemuan pertama telah berlangsung pada 16 Jun di Asrama Lelaki St Mary. Dengan tema, “Let’s Hang Out” para pelajar terhibur dengan kehadiran rakanrakan belia dan kakitangan yang mengambil tahu akan keadaan mereka.

Dalam pertemuan pertama ini, seramai 40 pelajar berumur dalam lingkungan usia 13 -17 tahun menyertai program ini.

Pertemuan pertama dimulakan dengan ice breaking, agar pertemuan- pertemuan akan datang mereka tidak lagi segan. Pertemuan kedua telah diadakan pada 6 Julai 2019 di mana para pelajar terus bersemangat mengenali sesama dan Tuhan.

Setelah dua kali pertemuan, diharapkan para penghuni asrama lelaki St Mary terus teruja menyertai pertemuan-pertemuan akan datang. — Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan

Total Comments:0

Name
Email
Comments