Kesaksian bantu iman ku

Saya ingin menjadi penganut Katolik kerana saya percaya Yesus Kristus adalah Tuhan, yang mati di kayu Salib demi umat manusia dan bangkit semula dengan penuh kemuliaan! Inilah keputusan yang tidak mungkin saya kesali.

Apr 17, 2014

Meskipun ada beberapa ahli keluarga saya yang bukan Kristian cuba menghalang, iman dan pengetahuan yang saya perolehi dari kelas IKD telah banyak membantu saya.

Menjadi Katolik, bukan setakat menjadi penganut yang setia berdoa dan ke Misa Kudus sahaja, tetapi diseru untuk mengasihi serta mengampuni sesama, prihatin kepada golongan yang susah serta menghormati alam sekitar. Perkongsian daripada guru- guru pembimbing juga antara penyebab mengapa saya mahu menjadi pengikut Kristus dalam Gereja Katolik. — Veronica Jane Juanis

Total Comments:0

Name
Email
Comments