Kesaksian keluarga: Mengapa kami pilih Gereja Katolik

Pasangan suami isteri itu sebenarnya sudah dibaptis dan menghadiri Gereja Katolik sejak kecil. Iman Michelle terabai semasa remaja maka dia berhenti ke Gereja.

Feb 08, 2020

Michelle dan Andres Aquilar yang berkahwin pada tahun 2008, berpendapat bahawa demi anak-anak, mereka mahu ke Gereja dan mendalami agama, tetapi agama apa?

Pasangan suami isteri itu sebenarnya sudah dibaptis dan menghadiri Gereja Katolik sejak kecil. Iman Michelle terabai semasa remaja maka dia berhenti ke Gereja. Suaminya pula, Andres mempunyai pengalaman buruk dengan seorang paderi yang memimpin Misa pengkebumian sepupunya. Andres mengatakan homili yang disampaikan oleh paderi Katolik itu berunsur menghina si mati, maka Andres hilang ‘minat’ untuk menghadiri Misa.

Setelah berkahwin dan memiliki anak, pasangan itu menyedari bahawa keluarga mereka harus mempunyai iman. Mereka mencuba pelbagai gereja denominasi Kristian tetapi mereka tidak menyukainya. “Ia indah tetapi tidak ada struktur dan tradisi, hanya Gereja Katolik yang memilikinya," kata Michelle.

Kembalinya pasangan ini ke Gereja Katolik juga disebabkan oleh bapa Michelle yang sangat taat kepada agama Katolik. Anak pertama mereka selalu bermalam dengan datuk mereka pada malam Sabtu dan pada hari Minggu, cucu dan datuk ke Gereja bersama. Hal ini menyentuh hati Michelle bahawa mereka harus ke Gereja sebagai sebuah keluarga.

Selain itu, mereka juga berkenalan dengan pasangan suami isteri Katolik, Adam dan Desiraye. Adam dan isterinya sentiasa mengutamakan iman mereka serta selalu mengongsikan bahawa Gereja Katolik  telah membantu kelu arga Adam mengalami damai dan sukacita.

Sejak kembali ke Gereja Katolik, Michelle dan Andres tu berasa semakin diteguhkan. Suami isteri itu mengakui iman Katolik banyak membantu mereka dalam hal mendisiplinkan anak-anak. Misalnya anak pertama mereka yang membuat kesalahan, Michelle menggalakkan anaknya untuk ke Sakramen Taubat, dan setelah membuat pengakuan dosa dengan paderi, dia berasa sangat damai serta cuba tidak melakukan kesalahan yang sama.

Pada April tahun lalu, keduadua anak mereka telah menerima Komuni, dan perkahwinan mereka juga diberkati dalam agama Katolik.

Bagi Andres, iman Katolik telah membuatkan dia lebih bersabar. Komunikasinya dengan anak-anak dan isteri bertambah baik. Malah, Andres juga telah memaafkan paderi yang pernah bercakap ‘buruk’ tentang sepupunya.

“Paderi itu juga manusia biasa. Manusia sentiasa melakukan kesilapan. Tetapi kesilapan itu selalu dapat diampuni dan didamaikan oleh Tuhan. Inilah indahnya ajaran Gereja kita.” --CNA

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Kamilus Manekok[email protected]
Luar biasa....Tuhan Memberkati