Kesaksian Uskup Agung Itali semasa menyaksikan ritus pengusiran syaitan

Uskup Agung Erio Castellucci mempunyai jawaban kepada mereka yang menganggap syaitan itu tidak benar.

Jan 05, 2018

ROMA, Itali: Uskup Agung Erio Castellucci mempunyai jawaban kepada mereka yang menganggap syaitan itu tidak benar. Tegas Uskup Agung Erio, “Mereka salah. Anda akan tahu syaitan wujud bila anda menyaksikan upacara pengusiran. Anda akan faham bahawa kejahatan adalah entiti tertentu, serta realiti,” katanya kepada akhbar harian Itali, Il Resto del Carlino.

Uskup Agung Modena- Nonantola itu telah melihat orang-orang yang pernah dirasuk sepanjang hidupnya, tetapi beliau tidak pernah menyaksikan ritus pengusiran. Kemudian salah seorang daripada dua orang imam yang merupakan eksorsis di keuskupannya telah memintanya untuk hadir ke upacara tersebut.

Imam itu mempunyai “kes yang sukar” dan berharap, kehadirannya sebagai Uskup Agung dapat membantu mereka menyembuhkan lelaki yang kerasukan tersebut,” ujar Uskup Agung Erio.

Uskup Agung Erio juga mengakui dan memahami kesukaran serta tekanan kes itu apabila beliau melihat sendiri bagaimana orang yang dirasuk, bereaksi terhadap eksorsisme itu. Pada 3 Julai 2015, Uskup Agung Castellucci pergi ke sebuah gereja di Modena di mana upacara eksorsisme dilakukan. Prelatus itu baru mahu memasuki tempat itu namun lelaki yang dirasuk itu mula berteriak, “Keluar, keluar dari sini, kamu akan mati dengan teruk.”

Lelaki itu kemudian jatuh pengsan. "Kemudian dia seolah- olah terbangun dan tidak semena-mena, dia melibas kukunya ke tangan saya serta mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina terhadap saya.” kata Uskup Agung Erio. Lelaki yang dirasuk itu memberitahu saya bahawa saya akan mati dalam kemalangan jalan raya yang dahsyat, namun Uskup Agung Erio membalas kata-kata lelaki itu dengan tenang bahawa, “Hidup saya terletak di tangan Tuhan Yesus dan tentunya bukan dalam syaitan. Saya tidak bimbang sama sekali. Sabda Tuhan menyatakan bahawa kutukan tidak membawa apa-apa kesan."

Selepas pengalaman itu, uskup agung berkata beliau akan mempertimbangkan untuk menyertai ritus eksorsisme lain. Eksorsis Itali ramai yang mengeluh kerana jumlah mereka sedikit. Uskup Agung Erio mengatakan ketekunan doa dan ketaatan kepada Sabda Tuhan sangat penting dalam mengendalikan kes kerasukan.

Beliau juga menekankan kepentingan doa pengusiran dan penyelamatan untuk membantu orang-orang yang ‘terganggu’ agar sembuh dengan cepat.--CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments