Ketekunan promosi panggilan: Sabah lahirkan ramai pelayan Tuhan

Ketekunan promosi panggilan: Sabah lahirkan ramai pelayan Tuhan

Dec 07, 2018

KOTA KINABALU: Brother Claurence Motoyou , friar ketiga tempatan,telah ditahbis menjadi Paderi pada 27 Oktober lalu.

Dalam sebuah acara yang ‘jarang terjadi’, Brother Claurence Motoyou OFM telah ditahbis menjadi Paderi manakala Brother Cruzander Alex OFm, menjadi diakon di Katedral Hati Kudus.

Sebelum ini, dua pemuda friar tempatan telah ditahbis iaitu Friar Francisco Basnayake, ditahbis pada 23 Jan 2016 di Gereja Stella Maris dan Don Don Ramarez, ditahbis pada 12 Feb, 2017 di Singapura.

Brother Cruzander Alex yang ditahbis sebagai Diakon, pada hari yang sama dengan pentahbisan imamat Claurence, sebelum ini melafaz kalu mulia bersama Brother AIden Peter Jr pada 9 Sept, 2017.

Pada ketika ini, terdapat 10 orang pemuda Sabah di mana enam daripadanya sedang melalui pembentukan dalam peringkat berbeza-beza dalam pelayanan penuhdi Australia.

Pemimpin Provinsi, Friar Philip Miscamble bersyukur kerana Sabah melahirkan ramai pelayan Tuhan serta mengakui peranan yang dimainkan oleh Mother General Kongregasi tempatan, Franciscan Sisters of The Immaculate Conception (FSIC), Mother Frances Mani.

“Kita memerlukan orang seperti ‘Frances Mani’ yang tekun menanam benih pelayanan pada anak-anak muda dan kami akan menyokong mereka serta melakukan yang selebihnya. Oleh itu, kita memerlukan lebih ramai “Frances Mani” untuk turun padang bagi mencabar anak muda ke arah visi yang lebih besar daripada apa yang mereka mampu impikan u ntuk diri mereka sendiri.” Friar Claurence yang baru ditahbis menerangkan peranan Sr Frances Mani dan pada Sister Fransiskan yang lain bahawa “Kamu telah berjalan bersama kami walaupun sebelum tahun pembentukan kami bermula ... terima kasih!”

Lebih sepuluh orang friar dari paroki dan ministri Custody datang untuk meraikan para penerima tahbisan. Kaum keluarga, rakan-rakan Fransiskan dan umat datang menyaksikan upacara sukacita ini sambil mengakui penglibatan Fransiskan yang menyerlah dalam penginjilan Khabar Gembira di Sabah.

Uskup Agung John Wong, memimpin Upacara Pentahbisan Diakon/Imamat dengan dibantu ramai paderi dan friar dari Malaysia, Singapura dan Australia.

Antara yang hadir ialah Pemimpin Provinsi Holy Spirit, Friar Philip Miscamble dan Custos dari Order of Friars Minors (OFM), Custody of St Anthony Malaysia, Singapura dan Brunei, Friar John Wong.

Uskup Agung John Wong menyatakan kegembiraan beliau atas rahmat Tuhan yang tidak putus-putus ke atas tanah di bawah bayu kerana Dia telah memanggil ramai anak muda untuk mengabdi diri sebagai paderi dan religius.

Kepada paderi dan diakon yang baru ditahbis, Uskup Agung John memberikan mereka sebuah realiti, “Dunia pada masa ini lebih menumpukan kepada paderi Katolik kerana manifesto konkrit akan komitmen sepanjang hayat kepada Yesus dan misi-Nya.

Maka, jika dunia mahu memecah belahkan Tubuh Kristus, ia terlebih dahulu akan menyerang para paderi. Prelatus itu merujuk kepada kes salah laku seksual di kalangan klerus di Jerman, Chile hinggalah Amerika Syarikat.

Oleh itu, Bapa Uskup Agung menyeru semua hadirin untuk berdoa, memohon belas kasihan Tuhan untuk memulihkan serta menguduskan semula martabat kepaderian Katolik masa kini serta mendoakan dua orang friar yang baru ditahbis pada hari tersebut agar mereka sentiasa diberi dilindungi, kudus dan komited dalam melaksanakan misi Yesus di dunia.

Friar Claurence akan terus melayani sebagai paderi pembantu di Gereja Immaculate Conception di Keuskupan Melaka-Johor. Friar Claurence juga merupakan ketua Pejabat Migran dan Vikaris bagi Jabatan Religius di keuskupan itu.

Diakon Cruzender pula akan kembali ke Singapura, meneruskan komitmen beliau melayani di Pejabat Pembangunan dan Komunikasi OFM sambil menghabiskan kursusnya dalam pastoral kaunseling.

Brother Aider Peter Jr, yang melafaz kaul mulia bersama Diakon Cruzender pada tahun lalu, akan ditabis menjadi diakon pada 3 Feb, 2019, di Gereja St Mary of the Angels, Singapura. — CS

Total Comments:0

Name
Email
Comments