Ketika menghadapi 'cawan' penderitaan kita

Meneliti dan mengamati sesuatu bukanlah perkara yang mudah.

May 23, 2020

Meneliti dan mengamati sesuatu bukanlah perkara yang mudah. Contohnya apabila berada dalam dilema ini: Apabila kita berhadapan dengan situasi menyebabkan kita menderita penderitaan batin yang mendalam, adakah kita cuba tidak mengendahkannya dengan menganggap penderitaan itu sebenarnya tidak seharusnya terjadi, bahawa penderitaan itu adalah sesuatu yang tidak wajar? Atau, adakah seperti Yesus, kita menerima untuk menanggung penderitaan itu, sambil mengatakan kepada diri kita sendiri dan kepada orang yang kita sayangi serta Tuhan kita: "Apa yang harus aku katakan, selamatkan aku dari cawan penderitaan ini?”

Pada ketika Yesus sedang menghadapi kematian yang mengaibkan dengan disalibkan, Injil Yohanes memberi petunjuk bahawa Dia mempunyai kesempatan untuk melarikan diri. Pada masa itu, ada satu rombongan orang Yunani, melalui rasul Philip, mengundang Yesus untuk pergi bersama mereka dan pergi kepada sebuah kumpulan yang akan menerima pesan dan diri-Nya.

Oleh itu, Yesus mempunyai pilihan: Mengalami penderitaan, penghinaan, dan kematian di dalam komuniti sendiri atau meninggalkan komuniti itu ke pangkuan orang yang akan menerima-Nya. Apa yang harus dilakukan-Nya? Dia bertanya kepada diri-Nya sendiri pertanyaan ini: "Apa yang harus aku katakan .... selamatkan aku dari cawan penderitaan ini?”

Walaupun ini kenyataan ini diutarakan sebagai pertanyaan, tetapi ia juga merupakan sebuah jawapan. Dia memilih untuk tinggal, untuk menghadapi penderitaan, penghinaan, dan keperitan kerana Dia melihatnya sebagai kesetiaan sejati dan wajar, di mana Dia dipanggil untuk mengungkapkan dinamika  cinta seperti yang dikhutbahkan-Nya.

Dia datang ke bumi untuk diinkarnasi dan mengajar apa itu cinta sejati dan sekarang, ketika melalui penghinaan dan penderitaan yang amat memeritkan,Dia tahu dan menerima bahawa inilah yang diminta kepada-Nya. Kesengsaraan yang dialami-Nya tidak membuatkannya berasa ia tidak adil atau ia adalah, berada di tempat yang salah, atau bahawa komuniti ini tidak layak menerima penderitaan-Nya.

Sebaliknya: Rasa sakit ini difahami sebagai panggilan bagi-Nya untuk memperdalamkan kesetiaanNya, penderitaan itu membawanya lebih memahami akan misi serta pelayanan-Nya.

Hingga pada saat itu, hanya ada kata-kata yang diminta kepadaNya, sekarang Dia diminta untuk melakukan-Nya dalam tindakan konkrit dan Dia perlu menelan segala kepahitan untuk melaksanakanNya.

Apa yang harus aku katakan, selamatkan aku dari cawan penderitaan ini? Apakah kita memiliki kebijaksanaan dan kemurahan hati untuk mengucapkan kata-kata yang sama, sambil bertahan di dalam komitmen, sambil bertahan meneri ma kesakitan mendalam yang menyakitkan? Ketika Yesus mengajukan soalan ini kepada diri-Nya  sendiri, apa yang dihadapinya adalah seperti apa yang kita alami, di mana ada masanya kita dilanda penderitaan yang amat berat.

Dalam setiap komitmen yang kita buat, jika kita setia, masanya akan tiba untuk kita menderita penderitaan batin dalaman (dan juga sering kali disakiti akibat disalahfahami) dan berhadapan dengan membuat keputusan yang sukar: Adakah kesakitan dan salah faham ini (dan lebih-lebih lagi ketidakmatangan saya ketika saya membuat penelitian) adalah petunjuk bahawa saya berada di tempat yang salah, harus meninggalkan, dan mencari seseorang atau komuniti lain yang menginginkan saya?

Atau, di dalam penderitaan dalaman akibat salah faham luaran, dan ketidakmatangan peribadi, adakah saya terpanggil untuk mengatakan:  Apa yang harus saya katakan, selamatkan saya dari cawan penderitaan ini? Inilah panggilan saya! Saya dilahirkan untuk ini!

Saya rasa persoalan ini sangat kritikal kerana seringkali kesakitan yang menyakitkan dapat menggoyahkan komitmen kita dan menggoda kita untuk menjauhi kita daripada menerima cawan penderitaan itu. Perkahwinan, panggilan religius tertahbis, komitmen  bekerja untuk keadilan, komitmen terhadap komuniti gereja kita, dan komitmen kepada keluarga dan rakan-rakan, dapat ditinggalkan kerana percaya tidak ada orang yang dipanggil untuk hidup dalam penderitaan, kehancuran, dan salah faham.

Memang, hari ini kehadiran rasa sakit, kesunyian, dan salah faham secara umum dianggap sebagai tanda meninggalkan komitmen dan mencari orang lain atau kumpulan lain yang akan menerima kita daripada terus berpegang kepada komitmen yang membuatkan kita berasa perit, disalah faham, tetapi di dalam kesakitan dan dipandang rendah, ia memberi kita rahmat yang memberi kekuatan dan kehidupan kepada komitmen ini.

Saya selalu melihat orang meninggalkan perkahwinan, meninggalkan keluarga, meninggalkan imamat, meninggalkan kehidupan beragama, meninggalkan komuniti gereja mereka, meninggalkan persahabatan yang telah lama terjalin, dan meninggalkan komitmen mereka bekerja untuk keadilan dan kedamaian kerana, pada satu ketika, mereka mengalami banyak  keperitan dan disalahfahami. Dan, dalam banyak kes itu, saya juga melihat bahawa sebenarnya ia adalah perkara yang baik. Situasi yang mereka hadapi tidak memberi kehidupan bagi mereka atau orang lain.

Mereka perlu diselamatkan dari "waktu" itu. Dalam beberapa kes, sebaliknya berlaku. Mereka menderita kesakitan, tetapi rasa sakit itu merupakan undangan untuk ke tempat yang lebih dalam dan lebih memberi kekuatan untuk tetap bertahan dalam komitmen mereka. Mereka pergi, ketika mereka seharusnya bertahan.

Memang, mengamati dan menganuti sesuatu itu memang sukar.  Tidak selalu orang yang murah hati meninggalkan komitmen mereka. Beberapa orang yang paling dermawan dan tidak mementingkan diri sendiri yang saya kenal telah meninggalkan perkahwinan atau kehidupan imamat atau agama atau gereja mereka.

Tetapi saya menulis ini kerana, hari ini, begitu banyak tulisan psikologi dan rohani tidak sebegitu menonjolkan cabaran agar menjadi  seperti Yesus, yang bertahan dan berdiri di dalam kesengsaraan meskipun disalahfahami, diaibkan namun tidak terdorong untuk meninggalkan komitmen-Nya . Semoga kita memilih untuk   menerima perkara yang lebih membawa kehidupan: Apa yang harus aku katakan, selamatkan aku dari penderitaan ini? --Hakcipta Terpelihara 1999-2010 @ Fr Roh Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments