Ketua Pemimpin Yesuit: Pra-Paskah adalah anugerah sukacita

Ketua Pemimpin Yesuit: Pra-Paskah adalah anugerah sukacita

Mar 15, 2019

PUNE, India: Ketua Pemimpin Yesuit, Father Arturo Sosa, semasa mengunjungi India, menekankan kepentingan berdamai dengan Tuhan, dengan manusia dan alam semasa memimpin Misa Rabu Abu di Pune.

"Kita harus segera berdamai dengan Tuhan, dengan sesama dan alam," ujar Fr Sosa pada 6 Mac semasa merayakan Ekaristi pada hari pertama Pra-Paskah di seminari Jnana-Deepa Vidyapeeth (JDV).

Bagi Fr Sosa, musim Pra-Paskah adalah anugerah sukacita. Anugerah: Tuhan menganugerahkan kita masa PraPaskah, masa untuk kembali kepada Tuhan yang sukacita menerima kita kembali, memulihkan dan berdamai dengan kita, dengan semua anak-anak-Nya dan segala makhluk alam.

Beliau menambah bahawa Yesus telah memberikan anjuran dan langkah praktikal untuk proses kembali kepada Tuhan.

Tiga langkah itu ialah doa, berpuasa dan bersedekah.

Ketua Yesuit dan juga canselor JDV itu mengajak 1,100 kakitangan dan pelajar seminari itu agar melibatkan diri dengan tiga langkah pertobatan dan berusaha untuk berdamai dengan Tuhan, sesama dan alam.

Berdoa, berkontemplasi, meditasi dan penyembahan akan mempertobatkan kit. Bersedekah akan menjadikan kita peka bahawa jutaan orang bergelut untuk meneruskan kehidupan di tengah-tengah mereka yang acuh tak acuh. Berpuasa menyedarkan hati kita akan kemurahan hati Tuhan melalui kebaikan-kebaikan yang diberikan oleh alam kepada kita.

Seminari JDV mempunyai 800 pelajar, 33 orang profesor di fakulti Falsafah dan Teologi. Para pelajar tersebut mewakili 82 keuskupan dan 83 kongregasi di India. — ucanews.com 

Total Comments:0

Name
Email
Comments